Rabu, 15 Julai 2015

Memasak dengan Hasil Tanaman Sendiri

Kalau saya memasak, saya lebih suka buat kerja semuanya sendiri termasuklah potong ayam, potong sayur dan lain-lain. Tapi jika ada yang sudi kopek kulit bawang untuk saya, alangkah bagusnya. ^^ 

Salah satu hobi saya adalah memasak. Selain itu saya juga suka menanam. Kailan saya dah membesar dengan jayanya dan sedia untuk dituai. Antara banyak-banyak sayur yang paling menjadi di belakang rumah saya tu adalah bayam dan kailan. Tapi bayam yang saya tanam dah terlalu tua dan tinggi... jadi tak dapat dibuat sayur la. Itulah... asyik kata nanti, lastly bayam jadi pokok hiasan di rumah. 

Ini adalah sayur kailan yang saya tanam sendiri. All organic. Tak ada guna racun penyembur. Sebenarnya tak banyak pun. Tanam dalam pasu saja. Tapi boleh la buat campuran dalam sayuran lain. Next project nak tanam kailan dengan bigger scale. 

Asas terpenting jika bertanam di rumah adalah kena siram hari-hari. Dan buang rumput yang tak sepatutnya tumbuh bersama tanaman. Tanah juga memainkan peranan penting. Jika tanah yang digunakan itu bagus, maka tanaman pun akan tumbuh sihat.

Semalam masak menu special sikit sebab ada udang. 
Dari kiri atas : Udang Kapas goreng Oregano, Kubis & Kailan goreng bersama ikan bilis, sup Bunga Kincam dan Cendawan, Kerabu Peria. :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!