Khamis, 23 Julai 2015

Lima Produk Kegemaran Saya

Saya tak akan bercerita mengenai Sebamed kerana ia sememangnya produk terbaik untuk saya.

Selain Sebamed, lima produk lain kegemaran saya adalah:

Dari kiri : Pencuci muka Elizabeth Arden, Transparent Plaster dari Watsons, Tisu Berwarna Premier, Tinted Lip Balm Victoria's Secret dan Sling Beg Pack dari Tumi

Voyageur Sling Beg Pack Tumi. Bagi saya ini adalah beg pack yang paling selesa saya pernah ada. ^^ Saiznya tak terlalu besar dan banyak poket tempat menyimpan barangan.  Beg ini sesuai dibawa ke pejabat, aktiviti kasual dan aktiviti riadah. Apa yang best mengenai Tumi? Boleh customize nama secara percuma dan lekat / gantung di beg anda. Sekiranya anda tercicir beg, jangan risau kerana Tumi boleh trace dan kembalikan beg anda, dengan syarat anda perlu register 12 nombor unik beg anda di website Tumi

Transparent plaster dari Watsons. This is a must for me! Saya perlu elakkan kulit terkena pin tudung (di bawah dagu) kerana ia menyebabkan kulit saya sangat gatal. Ini berikutan kulit saya yang sensitif -_-.... Jadi solution terbaik setakat ini ialah tampal plaster di bawah dagu untuk elak kena gatal-gatal. Sebenarnya saya boleh menggunakan pin emas tapi sekarang ni susah nak cari benda tu di kedai emas. Kalau ada pun terlalu besar atau perlu buat tempahan khas. Oleh kerana saya malas nak menempah atau masuk ke kedai emas, saya pun guna la plaster ni. Yang bestnya plaster ini bewarna transparent, nipis dan tak ada kesan selepas dibuka. Harganya juga murah dan boleh diperolehi di Watsons ^^ Harga RM3+ satu kotak.

Victoria's Secret Tinted Lip Balm. VS merupakan salah satu produk kegemaran saya. From variety of fragrances, undergarments and makeup.... long story short, I have small collection of VS product. ^^ Dulu selalu beli di Kuala Lumpur tapi sekarang VS dah ada di Imago Kota Kinabalu, so it's a good news for me dan seluruh peminat VS.  Lip balm ini sangat fresh dan yummy kerana ada rasa mint di bibir. Warnanya juga au naturel. Hanya sapukan lipbalm menggunakan jari, warna pink dan rasa mint akan menyerlahkan lagi bibir anda. Harga RM49.90

Premier Colours Vibrant Tissue Paper. Banyak-banyak jenis tisu, saya akan pilih jenama Premier kerana harganya yang affordable, tisu yang lembut dan berkualiti. Dengan adanya produk terbaharu Premier ini, pastinya ia menceriakan hidup anda kerana mengndungi tisu yang colorful. Pilihan warna tisu termasuk merah jambu, biru, kuning, jingga dan hijau. Boleh didapati di mana-mana pasaraya pilihan. Harga dalam RM10+ untuk 5 kotak. Setiap satu mengandungi 150 helaian tisu).

Elizabeth Arden Gentle Hydrating Cleanser and Toner. Kini muka saya dah 99% pulih dari jerawat yang sangat tak best. Tapi ada satu lagi masalah iaitu kulit kadang-kala pandai kering. Saya mencuba set produk muka dari Elizabeth Arden dan ternyata tidak mengecewakan. Cleanser EA tidak mengandungi buih, ringan, fragrance free serta pengguna akan mendapat result yang pantas dalam masa beberapa hari. Untuk meng-optimumkan lagi hasil, anda disarankan untuk menggunakan toner EA. Bukan sahaja menyegarkan kulit, malah menanggalkan kesan mekap yang masih terlekat di muka. Harga set EA (Cleanser 200ml + 50ml, Toner 200ml + 50ml, skin balancing night cream 7ml, optimizing skin serum 5ml 2x, caplet serum 5ml, gentle hydrating cream 30ml) RM300+. Jimat berbanding beli satu persatu. One item only for example cleanser berharga RM148+

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!