Jumaat, 31 Julai 2015

Kenangan Zaman Budak-Budak

Dah ready segala barangan untuk open house tengahari nanti. Yipi! Cadangan menu adalah ayam kari, ikan sweet sour, sayur campur, acar timun dan ikan masin goreng. Lepas tu ada nasi putih dan roti jala. All akan disediakan oleh saya. Harap semuanya berjalan lancar. Ingat nak buat kerabu mangga tapi tengok dulu kalau sempat. Kang kelam kabut. Actually mangga tu dapat dari halaman rumah mummy. Mangga besar-besar. Amik dua biji dah cukup untuk penuhkan mangkuk.

Sekarang ni rumah blackout. Tu yang duduk tak tau nak buat apa. Lastly tulis blog. Nak tidur tak dapat. Nasib baik dah susun atur rumah. Kalau tak.... adei. SESB.... cepatlah ada elektrik balik. >.<

Cakap pasal tak ada elektrik.... orang dulu-dulu pun rumah tak ada elektrik. Belajar pakai lampu minyak tanah. Pergi sekolah jalan kaki jauh kena lalu denai, jalan berbatu segala macam. Cuci kain guna tangan di tepi sungai. Kecil-kecil lagi dah tolong orang tua tanam padi dan macam-macam lagi la. Tapi generasi Y terutama yang di tengah bandar totally berbeza dengan kehidupan zaman dulu. Sekarang semua ada. I-pad, TV, smartphone, Internet... dah jadi keperluan. Anak buah saya yang masih kecil tu pun dah ada I-Pad masing-masing untuk main game. Hrrrmmm....  . . . .  ...

Saya masih ingat lagi waktu sekolah rendah darjah satu dulu, mummy bagi belanja 20 sen sehari. Boleh beli mee goreng. Air bawa sendiri dari rumah. Lepas tu ada sekali tu teringin nak minum air berperisa dengan biji selasih yang dijual di kantin. Dalam botol macam minuman Yakult. Tapi mahal. 50 sen. Tak mampu nak beli. Terpaksa kumpul duit kalau nak beli. T_T

Lepas tu masa sekolah rendah dulu, ada sorang  kawan saya ni yang lost contact sebab saya pindah sekolah lain... akhirnya jumpa balik di sekolah menengah. Then keep in touch sampai sekarang sebab kebetulan dia amik Master di UMS. Haaa.... tu memang BFF saya dulu. Belajar sama-sama, pergi kantin pun sama-sama. HaHaHa!

Saya tak ada sekolah agama. Tapi malam saya pergi mengaji di surau yang terletak di dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Kepayan. Dulu daddy pegawai polis, itu yang boleh masuk ngaji kat sana. Pergi jalan kaki saja. Rumah pula terletak di kawasan Mes Pegawai (dekat dengan klinik veterinar Kepayan). Tapi sekarang rumah-rumah di sana dah cantik. Dibuat dari simen. Dulu rumah kayu. Design rumah tu memanjang. Besar! Ada lima bilik, tiga tandas.

Rumah tu berhantu. Sesiapa yang tak biasa tinggal sana mesti rasa tak selesa. Uncle saya pernah dengar bunyi kuali di dapur tapi tak ada orang. Adik-beradik dah dua tiga kali 'keteguran'. Yang lagi best kakak saya pernah nampak perempuan berbaju putih duduk di hujung katil. Mummy pula pernah mimpi ramai orang menjenguk di luar tingkap tengok dia tengah rehat sambil buai adik dalam ayunan. Bila terjaga, mata merah tak pandai sembuh. Heiisshhh.... macam-macam la.... itulah rumah yang paling 'keras' pernah kami tinggal.

Masa darjah tiga saya dah pindah rumah. Sekolah pun tempat lain dah. Jumpa kawan-kawan baru... Kalau tak silap masa saya darjah empat dulu pernah beli Cyberpet. Tu kira permainan yang paling canggih la pada zaman tu. Cyberpet ni kita bela binatang tapi dalam bentuk elektronik. Kena bagi binatang makan, cuci najis dan naikkan mood. Then, ada pula yang jealous ngan benda tu. Pas tu pergi CURI Cyberpet saya. Si Pencuri tu rupanya satu kelas juga. Perempuan pula tu. Sangatlah tak malu. Dah dia curi, dia pergi jual kat orang lain lagi. Nasib baik la dapat balik. Sampai sekarang saya ingat lagu reaksi Si Pencuri apabila orang dah tahu dialah dalang segalanya. Ceeehhh!

Kalau sambung ceta ni panjang lagi ni. Banyak lagi kisah zaman bebudak dulu yang masih segar di dalam memori. Tak best kalau tak ada elektrik >.< I respect orang zaman dulu yang boleh hidup dengan serba kekurangan. Mana lagi di zaman perang. Lagi sengsara.

Jadi generasi kini perlu bersyukur dengan segala nikmat yang sedia ada. Negara telah lama merdeka. Diharap kita semua mengerti apa itu erti kemerdekaan. Bukan disambut dengan party di tengah malam, berjimba sakan.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!