Khamis, 23 Julai 2015

Ikutlah Standard Lampu Kereta Yang Betul

Standard warna lampu brake adalah merah. Tapi ada juga yang suka tukar kepada warna lain. Pada pendapat saya... Bukan sahaja membahayakan kepada pemandu lain, malah kepada diri sendiri juga. 

Kenapa saya kata bahaya? Satu, pandangan jadi silau. Kedua... bila nampak warna putih rasa macam tak alert (merah kan selalu dikaitkan dengan warna kecemasan). Yalah... sebab dah biasa tengok lampu brake warna merah, tiba-tiba ada warna putih kat depan, kita pun jadi bingung. Lagi satu, pemandu ini pengelihatan berbeza-beza. Pendek kata, lampu sebegini hanya menganggu dan memudaratkan pengguna jalan raya lain. 

Jalan raya hak milik bersama. Dan tak semua orang mempunyai pengelihatan yang sama seperti kita. Ada yang rabun malam. Ada yang silau. Ada yang menganggap lampu brake bewarna putih tu seperti lampu reverse. Gunalah lampu mengikut warna standard.

Contoh kereta yang mempunyai lampu brake selain warna putih. Dari jauh nampak kereta ni macam nak menghala ke sini pula. Ingatkan lampu hadapan tadi.

Bukan sahaja menggunakan lampu brake bewarna putih, kereta tersebut juga menggunakan lampu hadapan yang sangat terang dan menganggu pandangan orang lain. Untuk apa? Lagi tak best, kereta pemandu ini juga masih terpampang stiker lesen P. Dan cara pemanduan juga sangatlah tidak beretika.

Jadilah pemandu berhemat. Ingatlah orang lain pun guna jalan raya yang sama juga termasuk senior citizen, wanita dan kanak-kanak.

Terpulang nak bersetuju atau tidak. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan spesifikasi kereta yang betul, boleh layari laman web JPJ Malaysia. Untuk membuat aduan secara online boleh aduantrafik@jpj.gov.my dengan menyertakan butiran berikut:

Butir-butir Pengadu
1) Nama Pengadu
2) No IC
3) No tel
4) Alamat

Butir -Butir Aduan
1) No Kenderaan
2) Tarikh kejadian
3) Masa kejadian
4) Tempat kejadian
5) Gambar
6) Jenis kesalahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!