Khamis, 16 Julai 2015

Di Penghujung Ramadhan Tahun 2015

Ramadhan bakal meninggalkan kita dan menjelma pula Syawal selepas ini. :-)

Di hari terakhir Ramadhan pada kali ini sama seperti sebelumnya... office lengang. Parking pun kosong sebab dah ramai orang amik cuti pulang ke kampung. Sunyi saja semuanya. Macam kerja pada hari Sabtu Ahad pula rasanya.

Walaupun Isnin ni saya kerja, tahun ni tetap pulang ke kampung untuk beraya. Cuti raya satu hari plus Sabtu Ahad... Tiga hari cukup la kot. Tahun lepas dah beraya di Penang. Kali ni beraya di kampung sebelah keluarga saya pula. Mungkin sambutan perayaan saya dan Hafiz sedikit berbeza. Kalau mereka banyak duduk kat rumah berhimpun bersama keluarga. Manakala sebelah saya pula, berkunjung ke rumah saudara mara. 

Inilah keadaan parking di office yang sangat lengang, seperti juga di tahun sebelumnya. Best ke office. Jalan tak jem.

Hiasan raya di office tahun ni. Lebih meriah dengan tambahan beberapa lampu lip lap.

Lagi dan lagi!

Siap ada sarung angpow buatan sendiri

Tahun ni berjaya dapat beberapa angpows. Thank you bos-bos! Semoga dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati Allah Taala.

Dari office terus blah nak balik kampung. Semoga dipermudahkan segalanya. :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!