Ahad, 12 Julai 2015

Dari Sabah ke Kuala Lumpur : Bulan Ramadhan

Di bulan Ramadhan yang mulia ini tidak menghalang umat Islam untuk bekerja sambil berpuasa. Kita semua tahu bahawa 'waktu' di Semenanjung berbeza dengan Borneo. Maksudnya dari segi waktu Subuh dan berbuka puasa. Kalau di Kota Kinabalu... jam 6.30PM dah boleh berbuka. Manakala di Kuala Lumpur lewat satu jam kemudian baru boleh berbuka. 

Pada 29hb Jun yang lalu, sekali lagi saya menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur bersama yang lain.

Sempena nak dekat raya, kedai-kedai di Jalan Masjid India buka sehingga tengah malam (ada yang sampai Subuh baru tutup) khas untuk orang ramai bershopping raya. Seriously murah. Tudung instant ada yang serendah RM15, manakala shawl pula boleh cari harga yang RM3.50 sahaja. Baju kurung dan baju Melayu juga dijual dengan harga berpatutan. 

Butang baju Melayu (seperti gambar di atas), adalah butang exclusive yang dihadiahkan oleh my bos kepada Hafiz. Untunglah dapat hadiah mahal. 0_o

Semalam hadir ke majlis berbuka puasa bersama YB Perdana Menteri, keesokan harinya pula mesyuarat di KLCC bersama Petronas. 1st time masuk ke Tower 1 KLCC, dimana keselamatan di sini amatlah ketat.... dan canggih. 

Prof. Dr. Sanudin, pakar Geologi UMS (juga bekas Timbalan Naib Canselor UMS) sekaligus buat lecture dengan ahli-ahli Geologi di Petronas. Cayalah Prof!

Keesokan harinya pula kami mengadakan kunjungan ke AmBank untuk berjumpa Tan Sri Azman Hashim. Personally, Tan Sri is a very humble man, sangat berbudi bahasa dan begitu bersahaja. Beliau sukakan seni dan enjoy doing outdoor activities. Lukisan di atas adalah hasil ciptaan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan UMS. 'Kuau Kerdil Kalimantan atau Merak Borneo adalah satu spesis unggas yang jarang ditemui. 

Sempat ke Negeri Sembilan singgah ke kampung boss. Sekejap sahaja okay. Gembira dapat tengok banyak arnab. Anak arnab juga ada. Kecil-kecil lagi tengah sedap tido. Geram tengok.

One finest milkshake can be found at Wafflemeister di KLCC. Hari tu order chocolate milkshake. Oh-so-yummeh!! RM15 per cup. 

Okay. Sebelum balik ke Sabah (flight malam jam 8 lebih), singgah ke Bazaar Putrajaya dulu sebab nak try keseronokan bazaar di Semenanjung. Memang atmosferanya berbeza kerana bazaar di sini lebih variety dan meriah. 

Memang ada sebut pasal Tun M selalu turun bazaar sebab nampak dalam Facebook. Teringin nak jumpa. Tak sangka dapat bertemu Tun M kat sana. Apa lagi, amik gambar terus.

Happy betul dapat amik gambar dengan Tun M. Yalah. Tak semua orang dapat berhadapan dengan bekas pemimpin nombor satu Malaysia ini. Tun adalah orang yang disegani di seluruh dunia. 

Apa-apa pun, happy birthday yang ke 90 tahun kepada Tun M! Semoga Tun kekal sihat sejahtera dan dirahmati Allah S.W.T.

Hasil pembelian dibawa terus ke lapangan terbang. Buka puasa kat Golden Lounge. Makanan di bazaar Putrajaya memang tip top! Tak rugi beli kebab RM5 secucuk, martabak ayam dan daging RM3 satu... rendang serta kuih muih.

Sebelum ni saya tak tau pula jenama Tumi ni kira branded juga. Dulu tak famos di Malaysia. Jadi saya pun tak tau la. Hahaha. Yalah. Sebelum ni saya ada satu luggage Tumi tapi zip dah rosak. Jadi beg tu simpan macam tu saja. Sebenarnya beg tu my dad yang punya kot. Dad beli kat USA. Saya dengan selambanya telah merosakkan beg tu. Lama-lama muncul iklan Tumi di majalah Going Places. Hafiz kata jenama Tumi ni mahal. Lepas tu baru saya sedar kewujudan kedai Tumi di KLIA. Ehehe... 

Then my boss and his friend pun dah pakai jenama Tumi juga. Hrrrmmmm..... lagipun design very nice. Pattern Tumi juga unik dan confirm tak sama dengan jenama lain. Jadi saya pun ingat nak tambah koleksi. 

Harga boleh tahan jugalah tapi puas hati. Boleh cetak nama lagi. Free. Yeaaah! Kalau rosak pun boleh hantar ke kedai Tumi terus dimana-mana cawangan untuk repair. So I bought one for Hafiz sebab dia kadang-kadang suka tumpang beg saya untuk simpan dompet. After this tak ada dah nak menumpang. One of my colleague pun dah simpan hasrat nak beli beg jenama Tumi. Jeng... jeng... jeng!!