Rabu, 29 Julai 2015

Cuti on the Go

My France language is getting worst. Lama tak cakap kot. Sekarang tambah satu bahasa lagi kena belajar. Chinese.... -_-

Minggu ni manyak lelax sebab cuti. Yipi!! Cuti raya la katakan. Start dari kelmarin until Friday (plus Saturday and Sunday). Dengan senang hatinya boleh kemas rumah dan upgrade tanaman. ^^ Yeah...

Awal pagi kelmarin dah start potong rumput. Oh ya. Sekarang tak perlu lagi susah payah nak potong rumput sebab dah beli mesin. Beza sikit dengan mesin pemotong rumput yang selalu tu sebab yang ni guna elektrik dan sesuai untuk halaman yang kecil. Mudah digunakan dan senang dibersihkan.

Dah siap potong rumput, sambung lagi menanam pokok. Pokok pine saya dah makin besar, jadi kena pindahkan dari pasu ke tanah. Kalau tak... nanti tak nak besar. Silap-silap boleh mati terus.

Jadi hari ni sama juga bangun awal. Iron baju, cuci tandas dan bla bla bla. Tak boleh asyik rehat duduk tengok TV sahaja. Mesti nak buat kerja juga. >.<

Jumaat ni cadang nak buat open house. Menu dah di listkan. Tinggal nak beli barang dan masak sahaja. Tak la buat open house besar-besaran. Cukup panggil kawan-kawan office.

Best juga cuti dapat rehat dan buat banyak benda. Oh ya! Ada satu kedai best di 1Borneo yang menjadi perhatian saya. SSF. Suka ngan kedai ni kerana banyak barang perhiasan rumah yang cantik-cantik kat sana. Dan cepat-cepat la saya jadi member. Rugi oo kalau tak jadi member kalau selalu singgah SSF Sdn. Bhd. SSF juga mempunyai cawangan di Semenanjung Malaysia ^^.♡

Okay nanti sambung ceta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!