Khamis, 16 Julai 2015

Cara Mengurangkan Hidung Tersumbat kerana Alahan

Saya mengalami alahan yang kadangkala... argghh!! Teruk. Hidung masih tersumbat walaupun dah guna nasal spray. Ditambah lagi dengan aircond yang sejuk, sure rasa tak best masa tu. Oleh kerana badan saya sensitif, habuk, asap, semburan pewangi dan lain-lain adalah TIDAK kepada saya. Hidung tersumbat yang teruk boleh menyebabkan sakit kepala. Nak buat kerja pun tak senang kalau diserang penyakit.

Antara cara untuk mengurangkan hidung tersumbat:

1. Bawa tidur. Lepas tidur memang sakit akan berkurang dan rasa lebih lega. Saya mengamalkan tips ini setiap kali diserang alahan yang teruk. Kadang-kala asap masakan boleh menjadikan hidung tersumbat (kepada yang sensitif). Dan dapur yang kotor akan membuatkan hidung menjadi gatal. Elakkan dari menyentuh hidung ketika memasak dan pastikan tangan sentiasa bersih.

2. Mandi. Kulit kepala, muka dan badan yang kotor juga menyebabkan hidung tersumbat. Sebelum bawa tidur, lebih baik mandi terlebih dahulu. Jangan lupa bilas rambut bersih-bersih!

3. Kaedah ubat. Jika penggunaan nasal spray tidak memberi kesan, try makan Clarinase. Ubat ini ada dijual di farmasi. Harga lingkungan RM20 ke bawah untuk satu strip. Sure hilang hidung tersumbat. Walaubagaimanapun, elakkan dari memakan ubat selalu kerana kesannya di jangka masa panjang. Selain Clarinase, jenama ubat lain yang lebih kurang sama fungsinya ialah Aerius D-12.

4. Minum air panas. Kalau nak lagi best boleh minum teh tanpa gula yang dicampur dengan madu dan limau nipis / hirisan lemon. Pasti akan melegakan hidung anda.

5. Tak digalakkan guna kipas tetapi gunakan aircond dalam suhu sederhana. Kipas adalah no-no kepada orang yang alahan kerana kipas membuatkan habuk berterbangan. Kalau nak guna kipas pun, guna yang perlahan sahaja. Hidung mudah tersumbat akibat sejuk. Jadi suhu terbaik untuk aircond adalah 24C. Tak panas dan tak sejuk.

6. Jangan minum air sejuk. Minumlah air yang bersuhu bilik atau air suam. :-)

7. Berdiri dan hirup udara segar. Kadang-kadang semasa kita duduk, hidung akan tersumbat tapi perasan tak masa berdiri, rasa macam cecair tu ikut turun juga. Sebolehnya terus berdiri dan keluar menghirup udara luar yang lebih nyaman.

8. Nasal Spray. Semburkan nasal spray ke dalam hidung tetapi memgikut amount yang disarankan. Jenama yang saya selalu guna adalah Oxy Nase. Dijual dalam dua jenis sama ada dalam bentuk spray atau titik. Amik yang spray paling senang.

Amalkan hidup yang sihat. Banyakkan beriadah dan mengamalkan diet yang betul. 

Selamat mencuba :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!