Sabtu, 4 Julai 2015

Bersuka Ria di Legoland Malaysia

Jika anda berkunjung ke Johor Bahru, tak sah kalau tak ke Legoland Malaysia. Taman tema ini mempunyai beberapa cawangan selain di Malaysia iaitu di California, Dubai, Florida dan beberapa lain negara lain. 

Untuk tiket yang lebih murah, anda boleh beli secara online dengan melayari website Legoland Malaysia. Disini saya bagi pencerahan tentang harga tiket masuk ke taman tema ini. 

Ini harga themepark sahaja. Harga untuk waterpark atau combo lain lagi okay.

Dewasa (12-59 tahun)
Walk in - RM165
Online - RM132

Kanak-kanak (3-11 tahun)
Walk in - RM133
Online - RM106

Warga emas (60+)
Walk in - RM133
Online - RM106

Tips untuk ke taman tema ini:
  • Beli tiket online lebih murah. 
  • Lebih baik pergi masa weekdays berbanding weekends sebab ramai sangat orang. Nak main permainan kena berbaris
  • Taman tema buka jam 10AM, bagus pergi time tu juga untuk elak ramai orang. Senang nak pilih parking yang dekat. Tiket parking bernilai RM10/per entry. 
  • Nak masuk parking memang tak payah amik tiket dulu. Dah nak keluar baru masukkan duit ke sistem autopay dan tiket akan menyusul keluar selepas itu.
  • Makanan yang dijual di luar taman tema iaitu Medini Mall (sebelah sahaja) lebih murah berbanding di dalam taman tema. Pendek kata, semua barangan yang dijual dalam taman tema agak mahal. Oleh itu, lebih baik pergi makan dulu sebelum masuk, atau dah puas pusing-pusing dalam taman tema baru pergi makan. Boleh juga kalau nak keluar sebentar dari taman tema (lepas tu nak masuk balik) tapi kena inform kat security dulu.
  • Jangan lupa bawa air minuman dan topi sebab tempat ni luas dan anda perlu berjalan kaki.
  • Kebanyakan permainan adalah free tapi ada beberapa yang perlu masuk duit kalau nak main.
Legoland terbahagi kepada beberapa tema seperti tema zaman King Arthur, Indiana Jones, Star Wars dan lain-lain. Ada banyak permainan juga seperti mini roller coaster, permainan tembak-tembak dan sebagainya. Pengunjung boleh menikmati suasana yang berbeza ini di satu taman tema yang sama. ^^ Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga turut enjoy!

Nak share gambar-gambar semasa berada di Legoland. ;-)

 
 Yeah! Dah berjaya menjejakkan kaki ke Legoland Malaysia

 Macam nak pergi beraya pula

Ni pun sama juga

 Sempena menunggu keretapi sampai

 Ini kawan saya. Kami nak balik kampung ^o^

 Tengah interview orang ini. Dia tengah mengamuk sebab kereta accident

 Pakcik ni tidur siap berdengkur lagi

 Melukis 

 Nak main mini roller coaster

 Albert Einstein

 Sempena berbaris nak masuk ke bangunan yang menempatkan koleksi Star Wars

 Peminat Star Wars tentu teruja nak masuk sebab model bangunan dibuat berdasarkan setiap babak filem

 Taman mini

 Model bangunan KLCC

 Baru lepas main game tembak-tembak

 My favorite theme

 Bergambar di castle

 Grrrr!!!!

 Kononnya nak halau serigala nih. Hahaha

 Boleh pulak Pak Guard ni tidur

 Apakah?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Update dari kamera handphone

Banyak jual keychain

Model lokasi filem Star Wars. Sebenarnya kecil saja


Scene dari Star Wars

Spinning around!!

Hotel Legoland
Sebelah Hard Rock Cafe adalah favorite hotel saya. Concorde Kuala Lumpur

Angkor Wat temple

Naik train 


Makan tengahari di Johor Kitchen di Medini Mall (sebelah Lego Land) 

Laksa Johor

Mi Kari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!