Selasa, 14 Julai 2015

At a Glance : Trip ke Johor

Cerita di Johor tak habis lagi. Tapi memandangkan trip to Johor dah lama berlalu, jadi saya buat imbasan sahajalah mana-mana tempat yang best, yang sempat saya amik gambar.

Kalau nak makanan gerai yang enak, boleh ke area Stulang Laut. Ada satu gerai yang paling famous iaitu nasi goreng dan seafood dalam daun pisang. Memang terbaik la! Cuma nak cari parking dan tempat duduk tu yang tension sikit sebab ramai orang. Walaupun harga seafood jauh lebih murah, tapi rugi tak rasa masakan ni. Simple but delicious

Jangan lupa juga ke Puteri Harbour di Nusajaya, Johor. Tak jauh dari Lego Land sebenarnya. Dalam 15 minit dah boleh sampai. Dalam mall tu ada Hello Kitty Town. Hari tu tak masuk sebab Hafiz kata tak nak. Hahaha. Katanya tempat girl sahaja. So tak merasa masuk la... Huaaaaa!!! Walau bagaimanapun, dapat pergi ke kedai Hello Kitty. Taaaddaaa! ^^

Barangan Hello Kitty original ada dijual di sini. ^^

Ada satu tempat yang paling menarik perhatian saya semasa di Puteri Harbour iaitu kedai DC Comics. Saya adalah peminat DC Comics especially The Green Lantern. Di dalam kedai tu dijual barangan DC Comics seperti T-Shirt, mug, aksesori dan pelbagai lagi barangan lain. Juga ada mini cafe.

Yang bestnya setiap makanan mesti ada logo karakter DC Comics.

 
Mini cafe terletak di dalam kedai. Sambil makan sambil membeli la kiranya.

The Green Lantern

Pemandangan di luar Puteri Harbour Mall

Balik semula ke Johor Bahru, hairan juga tengok ramai orang berkumpul. Rupanya pasal kes TMJ dan Dato' Seri Mohd. Nazri Aziz. 

Inilah Masjid Sultan Abu Bakar di JB. Cantik!



Kalau nak shopping barang berjenama paling best, boleh ke Johor Premium Outlet. Tak jauh sangat dari airport Senai. Hari tu sempat lagi singgah sebelum ke airport. Tak rugi punya singgah ke sini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!