Khamis, 23 Julai 2015

818 Macau Chicken Rice di Kota Kinabalu

Nak makan nasi ayam atau sup ikan dengan harga yang paling berpatutan dan sedap? Boleh try di Macau 818 Chicken Rice. Kedai ini ada beberapa cawangan termasuk di Indah Permai dan King Fisher. Untuk cawangan di Indah Permai, lokasi kedai terletak di sebelah bekas restoran Sri Keningau atau behadapan dengan Farmasi Aslam. Cawangan di King Fisher pula terletak di sebelah restoran Farvis atau sebaris dengan klinik gigi Teh & Chan.

Saya suka kedai ini kerana ia menawarkan harga yang sesuai. Contohnya nasi ayam berharga RM5.00 (dada) dan untuk sup ikan, harga dalam lingkungan RM6.00 - RM9.00. Menu yang simple tetapi best! Sup ikan boleh pilih nak kuah tom yam, kuah tomato atau kuah tomato + susu. 

Pernah makan sup ikan tomato di tempat lain tetapi rasa agak masin + masam. Tetapi di 818 Macau Chicken Rice, semuanya just nice! 818 Macau Chicken Rice juga adalah kedai yang disahkan sijil halal oleh pihak JAKIM. :-)

Jom datang beramai-ramai. 

Sup isi ikan goreng + Kon Lou mee

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!