Khamis, 18 Jun 2015

Trip to Malacca (15 June 2015)

Melaka adalah negeri yang menarik untuk dilawati. Bandaraya Melaka sangat indah, bersih, malah penuh dengan sejarah. Bangunan nostalgia begitu memukau pandangan. Ini kali kedua saya melawat Melaka (pertama kali adalah tahun 2008) dan begitu banyak perubahan dapat dilihat, terutama dari segi pertambahan bangunan baharu. 

Tak rugi pergi ke Melaka. Jangan lupa untuk singgah ke muzium yang terdapat di Melaka, sememangnya begitu banyak muzium. Anda boleh berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat di sekitar Melaka, dan memang takkan rasa bosan. Bandaraya Melaka sentiasa dipenuhi pelancong dari dalam atau luar negara kerana bandaraya ini unik dan istimewa.

Perjalanan dari Johor Bahru ke Melaka tidak mengambil masa yang lama, sekitar dua jam lebih sahaja. Tak sah berkunjung ke Melaka kalau tak makan masakan asam pedas. ^^ Enak sekali.

Saya nak share beberapa gambar saya semasa di Melaka.

 Ini pemandangan dari dalam kereta. Lihat betapa bersih bandaraya Melaka.

 Ini adalah pemandangan bandaraya Melaka dari atas Menara Taming Sari. Tiket dijual dengan harga RM20 untuk dewasa dan kanak-kanak RM10. Anda juga boleh mempamerkan MyKad kepada staf yang bertugas di kaunter untuk diskaun. 

 Ini adalah muzium UMNO

 Run!!!

 Saya bergambar bersama Dinosaur. Hahaha

 Ini adalah muzium setem. Tapi sayang tak buka waktu tu

 Berada dalam muzium tamadun Islam. 

 Ini adalah replika Jam Gajah ciptaan Al-Jazari. Macam mana nak bawa balik ni?0_o

 Kota A-famosa yang terkenal

 Sempat lagi....

Posing dekat kereta kebal polis zaman dahulu

 Dalam shopping mall berdekatan Bandaraya Melaka

 Bergambar di sekitar Gereja St. Paul

 Fountain yang cantik

 Siap ada hiburan lagi

 Windmill ni terletak di seberang jalan, tak jauh dari Gereja St. Paul. Di bawah tu pula adalah Sungai Melaka

 Tourist Information Counter

 Posing dengan arca

Apa yang saya buat pun saya tak tau. Tak ada idea tapi nak juga amik gambar

Saya paling suka gambar ini. Hahaha! At Malacca Fort

Singgah makan tengahari di salah satu restoran asam pedas di Melaka. Memang best. Boleh pilih nak ikan apa. Makan dengan nasi putih, sayur cendawan tiram dan ikan masin. Best!

P/S - Jika ada rezeki, saya ingin berkunjung lagi ke Melaka kerana ada banyak lagi tempat menarik yang belum dilawati.:-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!