Selasa, 16 Jun 2015

Tercapai Cita-Cita Berjumpa Tun M

Rakan sekerja saya yang lain dah berjumpa Tun M dan Tun Siti Hasmah di pejabat beliau. Sebelum ini juga Tun M pernah berkunjung ke UMS bagi menyampaikan majlis ilmu. Kira saya tak ada rezekilah masa tu untuk bertemu.

Baru-baru ni Tun M dan Tun Siti Hasmah turun ke Kota Kinabalu untuk Amanah Dakwah PERKIM iaitu pada 6hb Jun yang lalu. Saya juga berhajat untuk hadir ke majlis tersebut dengan harapan dapat bertemu beliau. Terima kasih kepada Pak Hanif kerana memberikan VVIP access kepada saya. ^^

Actually terkejut jugalah bila baca dalam Facebook... ada yang share kata Tun M berkunjung ke Sabah untuk melawat mangsa gempa Bumi, dan boleh pula dibandingkan kenapa pemimpin tak turun padang. Maklumat tu telah diputarbelit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tujuan sebenar Tun M turun pada waktu itu adalah untuk menyampaikan Amanah Dakwah PERKIM selaku Yang Dipertua.

Sebagai tambahan, sebaran maklumat perlulah tepat dan bukan main sembarang sahaja sehingga mencetuskan perbalahan. Memang pada masa kini teknologi makin maju. Semua info dapat diakses dengan mudah. Tetapi kita haruslah bijak memilih maklumat. Ada yang betul. Ada yang sengaja diputarbelitkan. Golongan-golongan yang sengaja memalsukan maklumat ini mempunyai agenda tersendiri untuk meruntuhkan perpaduan rakyat Malaysia.

Rumusan dari kata-kata Tun M sewaktu majlis Amanah Dakwah... Islam tidak mengajar umatnya untuk melakukan keganasan. Jika melihat puak yang mengaku dirinya Islam tetapi melakukan pembunuhan contohnya dengan memenggal kepala tahanan, adakah ia sebenar-benarnya mempraktiskan ajaran Islam?

Renung sejenak. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Walaubagaimanapun, hajat saya tetap telah tercapai untuk bertemu Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah.

Kebetulan berbaris di barisan paling hadapan

Yang ni kredit foto kepada Herman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!