Selasa, 23 Jun 2015

Produk Sebamed adalah Terbaik!

Antara produk penjagaan diri yang terbaik adalah Sebamed. Saya menggunakan produk ini bermula dari sabun mandi, shampoo, lipbalm dan deodorant. Walaupun harganya ada sedikit mahal berbanding produk biasa, tetapi ianya amat berbaloi.

Produk ini berasal dari German dan diasaskan oleh Heinz Maurer. Kenapa saya suka Sebamed? Sebamed dirumus khas dengan pH5.5 dan amat sesuai dengan orang yang berkulit sensitif :-)  

Sebamed Liquid Face and Body Wash
Fragrance free. Dijual dalam botol bersaiz besar dan akan dapat free gift Liquid Face and Body Wash dalam pek travel + lotion. Harga untuk saiz 1000ml adalah RM90+

Sebamed Deodorant
Alcohol free. Mudah digunakan dan available dalam beberapa wangian seperti Lime dan Active. Boleh pilih nak guna yang roll ataupun spray. Harga deodorant roll 50ml ialah RM18+

Sebamed Hair Shampoo
Saya tidak dapat menggunakan sebarangan shampoo kerana kalau tak... rambut akan menjadi kasar dan berbau! Sebelum ini saya menggunakan satu produk shampoo yang kiranya sesuai dengan saya. Tetapi, masalah kelemumur tidak dapat diatasi kerana shampoo itu bukan shampoo anti-dandruff. Selain shampoo itu, saya juga perlu menggunakan conditioner / mask agar rambut sentiasa lembut. Agak leceh sebab kena bilas rambut beberapa kali. Saya telah mencuba shampoo anti-dandruff Sebamed dan ternyata shampoo ini amat sesuai untuk saya. Fragrance free. Kelemumur jauh berkurangan dan yang bestnya, tak perlu guna conditioner pun dah menjadikan rambut begitu lembut. Harga shampoo 200ml ialah RM22

Sebamed Lip Defense
Sebelum ni ada mencuba satu produk tetapi tak sesuai dengan saya kerana bibir jadi merekah. Oleh itu, saya pulihkan balik bibir saya dalam masa beberapa hari menggunakan Sebamed Lip Defense. Diperkaya dengan Vitamin E dan tiada warna. Juga fragrance free semestinya. ;-) Harga untuk spf 30 ialah RM12+

Sebamed Fresh Shower 
Sama juga fungsinya seperti body wash dan amat sesuai untuk sensitive skin. Pernah sekali saya outstation tetapi terlupa bawa pencuci muka! Oleh kerana malas nak pergi beli, saya decide untuk guna Sebamed Fresh Shower sahaja. Masa tu tawakkal sahaja la sebab kalau tersilap pakai, confirm muka akan naik jerawat. Ternyata jerawat satu pun tak naik malah kulit kekal seperti biasa. Harga untuk 200ml ialah RM28+

Sebamed Moisturizing Body Lotion
Fragrance free. Juga cepat kering selepas disapu. Buat masa ni tak pernah beli yang besar lagi. Just dapat free gift masa beli Sebamed Liquid Face and Body Wash.

Sebamed juga diiktiraf oleh pakar dermatologi dan dijual di farmasi serta klinik. 
Ibu saya juga pernah menggunakan produk ini ^o^

Nak tengok harga dan produk Sebamed yang lain, boleh klik link ini.


Ini adalah koleksi Sebamed saya. (Lupa nak masukkan deodorant sekali)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!