Ahad, 7 Jun 2015

Orang Tak Tau... Tak Apa la....

Masa berputar dan sekarang dah masuk bulan Jun. Tak sah kalau dalam bulan tu saya tak outstation ke mana-mana. Esok akan bergerak lagi dan kembali ke Kota Kinabalu pada 10 Jun. Diikuti pada 14 Jun sehingga 17 Jun. Sambung lagi 18 Jun hingga 19 Jun, jatuh pada bulan Ramadhan. ^^ In Shaa Allah semua akan dipermudahkan. Cuma esok terpaksa batalkan perjalanan ke Melinsau di Ranau berikutan kejadian gempa bumi yang melanda beberapa kawasan di sekitar Sabah.

-
-
-
-
-

Tak marah kalau nak mengkritik. Itu hak masing-masing. Apa yang membuatkan diri rasa terkilan, bila publish yang bukan-bukan di dalam Facebook. Yang bukan fakta nak dijadikan bualan. Pendek kata.... kalau tak tau apa-apa, lebih baik diam. Takut menimbulkan fitnah. Malah yang lebih menyedihkan bila ayat-ayat yang ditulis tu sangatlah tidak sopan. Bersemuka tidak mahu, tetapi beriya-iya marah di dalam Facebook. Yang lagi bikin terkilan... yang berkata-kata tu bukanlah dikalangan "orang besar" pun. Seperti yang saya katakan tadi... kalau tak tau, lebih baik diam. 


Yalah. Kita buat kerja tak kenal erti penat lelah. Sometimes straight dari pagi hingga malam, sehingga tidur pun ada yang hanya dua tiga jam sahaja. Yang lagi best, aktiviti bersambung-sambung. Belum masuk hal-hal operasi pejabat lagi? Punya ramai staff... tak senang untuk diuruskan. Punya ramai bos juga, tentu arahan yang diberikan tu pelbagai. Kepala boleh pusing. Hal diri sendiri lagi bagaimana? Keluarga, rumahtangga dan sebagainya.

Kecewa dengan sikap segelintir Keyboard Warrior ni. Hanya pentingkan diri sendiri! Sudahlah tidak mahu meminta maaf, ayat yang dikeluarkan pula langsung tidak profesional. Kalau nak sangat complain, masukkan sahaja ke dalam peti cadangan. Kan lebih baik. Jika malas sangat nak jalan, mengadu sahaja dalam e-aduan.

Masih terkilan hingga kini. Apa yang dikatakan itu tidak benar sama sekali. Dahlah tak benar, suka pula dipublish ke dalam Facebook. Bertuah sungguh. Bila cuba dijelaskan, mula melenting tak tentu pasal.

Apa nak buat... sabar sajalah. Tak perlulah argue dengan orang seperti itu. Weak people REVENGE. Intelligent people IGNORE. :-)

Thank you.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!