Ahad, 21 Jun 2015

Pengalaman Mistik / Nampak Hantu - Part 4

Sebelum itu saya ingin mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada para muslimin dan muslimat si seluruh dunia. Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini di diberkati oleh Allah S.W.T.

Masa saya dan Hafiz ke Johor Bahru baru-baru ni, kami menginap di sebuah hotel yang kiranya di tengah bandaraya jugalah. Tapi saya tak nak sebut apa nama hotel tu, takut nanti orang dah tak nak menginap di sana lagi.

Sepanjang empat hari tiga malam kami menginap di sana, malam terakhir tu lah yang bikin spoil betul. Mula-mula tu tak ada apa pun yang berlaku. Baiklah. Sebelum tidur, seperti biasa saya akan cuci kaki dan membaca sedikit ayat suci Al-Quran.

Tapi tak semena-mena, saya mimpi yang tak bestlah pula. Cetanya begini. Dalam mimpi saya tu sama seperti keadaan saya dalam realiti. Hafiz tido di sebelah kanan saya dan badan saya diselubungi selimut. Pendek kata, semua samalah. Dalam mimpi tu, ada perempuan berambut panjang berdiri di hadapan saya. Muka tak nampak sebab ditutup oleh rambut panjang yang kusut. Sangat kusut! Panjangnya lebih lebih dari paras lutut. Berpakaian putih tetapi sedikit kotor.

Saya terkejut sebab tiba-tiba ada perempuan berdiri tak nampak muka. Tutup mata then buka balik, perempuan tu masih ada! Tak lama lepas tu, tangan kanan perempuan tu bergerak seolah nak menggapai saya. Perlahan-lahan dia bergerak ke tempat saya. Saya dah panik dah. Perempuan tu pusing dan pergi ke belakang saya, lalu menyentuh di tengkuk saya (lebih tepat... bawah sikit dari tengkuk) manakala tangan yang satu lagi menyentuh kepala saya. Masa dia pegang saya tu, saya boleg pula geli + seram. Yalah. Tiba-tiba dia sentuh. Mestilah rasa lain. Lepas sentuh, perempuan tu tundukkan kepala saya sedikit.

Masa tu juga saya terbangun dari tidur. Saya termenung seketika. Berfikir pasal mimpi tu. Then saya tengok jam... menunjukkan pukul 1205AM. Aih... tengah malam pula...

Lama-lama tu saya tido balik. Sampailah esok paginya, saya tak bagitau Hafiz apa-apa. Waktu dalam kapal terbang baru saya bagitau tapi Hafiz kata tu mainan tidur. Saya pun tak la fikir sangat pasal mimpi tu.

Malam tu sampai rumah, saya ceta kat kawan saya. Dia ni ada kelebihan iaitu boleh nampak 'benda pelik'. Masa saya ceta kat dia, terus dia kata memang ada benda kat dalam bilik hotel tempat saya menginap tu. Tapi jangan khuatir sebab benda tu tak ikut. Just muncul macam tu sahaja. o_0

Macam tu la cetanya....

Saya siap lukis lagi bagaimana rupa perempuan tu (setakat yang saya ingat. Buruk gila lukisan)

1 ulasan:

  1. Kadang-kadang...kalu penat pon jadi faktor jgk mimpi pelik2...

    BalasPadam

Terima kasih!