Isnin, 15 Jun 2015

Lagi.... Lagi Dan Lagi... Apa Nak Jadi Da....

Sekali lagi kena berdepan dengan orang berperangai ntah apa-apa. Dah berkali-kali diberitahu, tetap tak faham. Hanya tahu nak salahkan orang lain. Kelakar pun ada. Kalau tak dibantu, rasanya tak jalan program pada hari tu.

Bersyukur tak nak. Dah dibantu dengan wang ringgit, teknikal dan lain-lain... itupun lagi nak bising dengan benda kecil. Walhal, prepare apa-apa pun tak. Sebaliknya kita yang nak kena uruskan kebanyakan benda. Logik ke? Eh tak logik kan.

Sabar sahajalah. Tentu ada hikmah di sebalik semua ini. Bila nak jawab balik ayat-ayat yang tak boleh blah tu, fikir sampai dua tiga kali sebab dalam kumpulan tu terdiri dari golongan yang bukan calang-calang. Lebih baik diam. Saya percaya golongan itu tahu membezakan mana satu yang betul dan yang salah. :-)

Beberapa hari telah berlalu. Terkejut juga sebab bagi pihak yang memohon maaf . Rasa tak best pun ada sebab yang memohon maaf ini bukan sembarangan orang. Segan pun ada. Iyalah. Kita tak terfikir pun pasal hal tu lagi, suddenly datang message yang mengejutkan ini.

Tapi kenapa yang empunya diri tak tampil memohon maaf? Mungkin tak ada perasaan bersalah kot. Kalau macam tu, lain kali susahlah nak berkerjasama lagi.

P/S - Apalah sangat pejabat kami yang hanya ada tiga orang sahaja berbanding jabatan yang empunya diri. Tapi kami masih mampu buat yang terbaik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!