Ahad, 7 Jun 2015

Jom ke Restoran D'Soka di Kinarut

Kalau nak santai-santai sambil makan ikan bakar best, boleh ke restoran D'Soka di Kinarut.

Ini kali pertama saya ke restoran tu. Apa yang best di restoran ni, ia terkenal dengan menu ikan bakar, ayam berempah, tom yam dan lamb chop. Lokasi terletak di tepi jalan berhampiran Petronas Kinarut dan car wash. Kalau malam ada pasang lampu lip lap. Cantik. :-)

Harga berpatutan. Masakan simple dan sedap. Ala kampung. Sayangnya, malam tu saya tak order ikan bakar sebab dah order dua jenis sayur. Nanti tak habis pula makanan.

Apa-apa pun, jom singgah ke D'Soka.

Sayur campur masak sos tiram
Sayur kangkung belacan

Mee kari (terbaik!)

Nasi goreng D'Soka. (Dimasak dengan segala seafood dan nanas).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!