Rabu, 3 Jun 2015

Hobi Berbasikal

Sekarang dah start balik berbasikal untuk kecergasan badan. Hari-hari terperuk di dalam office terlalu lama pun tak bagus juga. Dengan aircondnya, udara lagi terkurung, asyik duduk depan komputer... badan jadi cepat penat.

Setiap petang kalau tak pergi power walk, saya ingat nak berbasikal bersama rakan-rakan yang lain. Saya start pandai mengayuh basikal masa berumur enam tahun kalau tak silap. Masa tu saya belajar guna basikal abang saya. Mula-mula pandai kayuh lurus saja. Lama-lama tu dah pandai belok kanan kiri. HaHaHa! Sampailah kami sekeluarga berpindah dari Kepayan ke Putatan, daddy belikan basikal untuk saya dan adik. Sekarang dah tak tau mana basikal tu. (Basikal tu ada bakul dan lampu Dynamo).

Apa-apa pun, terima kasih diucapkan kepada Hafiz kerana hadiahkan saya basikal ni. ^^ Yipi!! Ini adalah hadiah anniversary kami (in advance). Saya memang dah lama nak basikal. Balik-balik sebut basikal... basikal... basikal. Survey punya survey, dah aim basikal yang dijual di Fitness Concept, Suria Sabah. Kalau la dapat basikal tu..... kan best...

Dan... akhirnya! Berjaya dapatkan juga. Ngehehehehe....!
Oleh kerana saya rasa saya macam nak warna pink, jadi saya pilih warna tu la. 

Jadi kelmarin saya dan Khai round sekitar UMS sambil menikmati keindahan kampus. Petang ni ingat nak berbasikal lagi. Kalau tak pun, selang seli dengan powerwalk. 

Dalam masa beberapa bulan ni berat badan kurang sehingga 4KG atau 5KG. Powerwalk pun saya tak selalu buat. Jadi bagaimana saya dapat kurangkan berat badan saya? Jom saya share tips:
  • Rajinkan diri buat kerja rumah seperti sapu lantai, lap habuk, cuci kain etc.
  • Kurangkan minuman berkarbonat (But I couldn't resist it. Still need 'em sometimes especially when I am too stress doing work).
  • Bercucuk tanam, a.k.a gardening
  • Kurangkan pengambilan nasi, lebihkan lauk terutama sayur-sayuran.
  • Makan buah-buahan
  • Makan apabila lapar sahaja.  

By the way, saya masih lagi suka mencuba pelbagai resepi di rumah. Baru-baru ini saya ada buat lagi kek coklat moist untuk kali kedua. Kali ni menggunakan kaedah cuba-cuba, ternyata rasa coklat lebih rich, lebih moist dan rakan-rakan kata dah lulus untuk buat kuih raya. Yeah! Selain itu, saya juga mencuba resepi ikan putih masak lemak cili api. Phew! Nasib baik menjadi. 

Okaylah! Okay! Semoga dengan basikal baharu ni, kami semua lebih rajin untuk bersenam, dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat buat kerja dengan gembira ^^ Amin Ya Rabbal Alamin...

Kalau nak kira jumlah kalori dibakar selepas berbasikal, boleh klik Calorie Calculator.


Posing pertama selepas membeli basikal

Yeah! >.<

P/S - Tentulah saya juga ada belikan sesuai kepada Hafiz untuk hadiah anniversary (in advance) dan hadiah birthday sekali (in advance juga). 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!