Sabtu, 13 Jun 2015

Happy Anniversary to Me and Hafiz! And Happy Birthday

Sungguh cepat masa berlalu. Tak sedar dah setahun kami berkahwin. :-)

Pada 13 Jun adalah hari ulangtahun perkahwinan kami berdua. Banyak dugaan yang telah di tempuhi. Semoga tahun kedua ini akan lebih banyak membawa kebaikan dan kebahagiaan. amin Ya Rabbal Alamin....

Yalah. Dari tinggal dengan parents dan sekarang dah ada rumah sendiri, dari kurus ke gemuk, gemuk ke kurus, dari muka berjerawat kepada kurang jerawat... apa lagi... macam-macam lah! Banyak kenangan yang tak dapat dilupakan. 

Tarikh 13 Jun adalah tarikh yang paling penting untuk kami berdua. There are so much to share tapi lain kalilah. ^o^

Sebelum tu nak ceta macam mana boleh ada gambar photoshoot ni. Sebenarnya gambar ni dah lama diambil. Sebulan selepas kahwin kalau tak salah. Albums dan frames sepatutnya diambil pada bulan October 2014. Oleh kerana susah nak buat appointment dengan pihak pembekal, maka dengan selambanya... gambar-gambar ni tak kena claim sampailah pada 12 Jun 2015. HuHuHu! Lagipun handphone saya yang satu lagi dah hilang sekali dengan nombor simkadnya. Pembekal pun tak boleh dah nak contact saya.

Then pada pagi 12 Jun 2015, saya duduk berbual dengan kak Nurul sempena menunggu Prof sampai. Tiba-tiba teringat nak amik gambar di Life Bridal. Saya pun carilah nombor telefon office mereka. Mereka suruh ambil bila-bila masa yang saya free dan decide nak amik petang 12 Jun tu. 

Yang lagi best... saya tak ingat esoknya (13 Jun 2015) adalah tarikh penting untuk saya dan Hafiz. Petang tu baru sedar. Rasa macam kebetulan pun ada juga. Kelakar sebab setahun kemudian baru boleh tengok gambar photoshoot sendiri. Walaubagaimanapun, Life Bridal is the best! Gambar semua cantik-cantik. Perkhidmatan mesra pelanggan dan mereka dah ada beberapa cawangan sekitar Sabah. ^^

Ingat lagi... malam sebelum pergi photoshoot tu, sempat lagi tengok tayangan worldwide Transformers : Age of Extinction sebab dapat tiket free. Lepas tu esoknya bangun mata bengkak. HaHaHa! Oleh kerana Life Bridal sangat menepati masa, so kami tak boleh lewat ke set. Dan masa tu juga ramai orang office call. Salah satunya berkenaan lawatan agensi kerajaan dari Johor. Lawatan tu saya dah uruskan dan dah pass kat staf lain untuk memantau. Memandangkan hari kejadian, saya juga bercuti.... saya pun tidaklah melayan sangat handphone waktu tu.

Penat juga photoshoot ni. Nak kena ada angle yang betul baru dapat hasilkan gambar yang cantik. ^^ Oleh itu, pekerjaan sebagai model bukanlah suatu yang mudah.

By the way... Happy Birthday and Happy Anniversary!





2 ulasan:

  1. suka baca blog yna...1 hari sa d ofis baca blog ni tp bla da nmpk gmbr u n hsbnd rupanya kwn husband sy...anyway i like ur blog simple n best bla baca..n tq dr blog u i dpt info psl hal kucing (psl vet n cra jga kucing)...tq tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. Yeaaaa... tq sis ^^. maaf kalau ada kekurangan dalam blog

      Padam

Terima kasih!