Jumaat, 5 Jun 2015

Gempa Bumi di Sabah

Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan segala urusan....

Malam ini penduduk Sabah tentunya tidak dapat tidur dengan nyenyak berikutan kejadian gempa bumi yang telah melanda pada jam 7.15 pagi tadi. Kejadian itu berpusat di Ranau dan menggegarkan beberapa kawasan di Sabah dengan kekuatan 6.0 skala richter.

Begitu juga saya...

Dalam masa seminggu ni rasa pelik sedikit. Ada sahaja benda yang berlaku secara kebetulan. Paling last sekali... pasal Gunung Kinabalu. Kelmarin bincang dengan rakan sekerja hajat nak mendaki Gunung Kinabalu. Kalau boleh nak buat hujung tahun ni jika keadaan membenarkan. Dah kira-kira bajet dan tanya siapa yang nak join. Kira punya kira, semuanya okay. Cuma nak kena urus penginapan di Laban Rata lagi.

Pagi 5hb Jun 2015, bersiap hendak ke tempat kerja. Pergi buka grill pintu.. tiba-tiba... Apasal rasa bergegar semacam? Ingatkan lori lalu. Then bergegar lagi sekali! Kuat! Kucing berlarian dan jiran-jiran keluar dari rumah. Hafiz menjerit kata gempa bumi. Saya masih terpinga-pinga. Tengok WhatsApp, ada announcement pasal gempa bumi. Betul.

Dalam fikiran ingat mum di kampung. Saya telefon tanya keadaan okay atau tidak. Sama juga terasa gegaran. Astagfirullah.... rasa seram pun ada. Saya anggarkan dalam skala 7.0.

Rupanya 6.0. Rasa kuat sangat. Tapi teruskan juga rutin pergi ke tempat kerja. Tengok ramai dah yang berkumpul di assembly point. Sempat jugalah clock in walaupun kena keluar semula lepas tu. Apa la...

Sejurus lepas kejadian dan selepas dah boleh masuk semula ke bangunan, terus buat mesyuarat tergempar. Lalu jawatankuasa pun ditubuhkan untuk menyiasat keretakan bangunan yang dialami.

-
-
-
-
-
-
-
-

Semoga semuanya berada dalam keadaan selamat sejahtera.


Baru beberapa hari lepas dengar berita berkenaan sekumpulan mat salleh yang tak menjaga sensitiviti dan adat kepercayaan kaum di Sabah dengan perbuatan onar di puncak Akinabalu. Tak sangka berlakunya kejadian yang tak diingini selepas itu. Sama ada percaya atau tidak, hormati adat resam dan kepercayaan orang lain. Jangan ikut suka sahaja tunjuk perangai yang tidak manis dipandang.

Malam 5hb Jun 2015, mata terlelap sebentar. Tetapi dah segar balik selepas terima panggilan dari rakan sekerja kerana urusan rasmi. Dah biasa dengan keadaan sebegini. :-)

Rakan-rakan dalam group WhatsApp tak berhenti berchatting. Kalau tak pasal gempa bumi, cerita pasal politik. Buat lawak pun ada.

Jam 11 lebih malam, rasa ada gegaran tapi tak kuat. Betul ke tak, saya pun tak tau. Handphone dah install application untuk Earthquake Alert. Betullah! Ada berlaku gempa lagi. 4.7 skala richter. Malam ni rasanya sukar nak tidur...

Semoga Allah S.W.T melindungi kita semua.

Setakat ini ada tiga gegaran berlaku.

Keadaan pagi tadi di Bangunan Canselori UMS

Prof. Dr. Felix Tongkuk is on TV!

Donkey Ear's Peak no more :-(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!