Isnin, 15 Jun 2015

Bertemu Saudara Baharu di Keningau dan Pensiangan

Perjalanan bermula dari 8hb hingga 10hb Jun 2015... Dari Keningau ke Pensiangan dan ulang balik ke Keningau.

Kunjungan ke Kampung Pagar-Pagar amat bermakna buat semua ahli rombongan. Walaupun hanya sekejap sahaja, pertemuan bersama saudara baharu sekaligus merapatkan hubungan silaturahim antara kami semua. Alhamdulillah... semoga mereka semua terus diberikan hidayah.

Perjalanan diteruskan ke Pensiangan pada keesokan harinya. Kami bangun seawal 4 pagi untuk bersiap dan bertolak pada jam 5.30AM. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam 30 minit dari simpang Sepulut. Jalan yang berliku, bertanah merah dan hitam bukan penghalang untuk rombongan memasuki kampung. Kampung Pensiangan terletak di sempadan Kalimantan, kehidupan yang serba kekurangan. Tetapi penduduk di sana tetap mesra menerima kunjungan kami.

Seronok, penuh cabaran dan muhasabah diri. Itu yang saya boleh katakan. Kami ingin bertemu mereka lagi di lain waktu. In Shaa Allah dalam waktu yang terdekat.

Selesai sahaja di Pensiangan, kami singgah ke Kampung Padang Sepulut untuk menziarahi ramai lagi saudara-saudara baharu. Solat berjemaah dan makan bersama-sama mereka.

:-)

Suasana di Kampung Pagar-Pagar

Bergambar bersama penduduk kampung Pagar-Pagar

Kenderaan rombongan

Masjid Syahadatul Muttaqin, Pensiangan

Keadaan jalan di pedalaman Pensiangan

Perlu melalui anak sungai dan lumpur

Keadaan kenderaan selepas dari Pensiangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!