Sabtu, 23 Mei 2015

Tiba-Tiba Lagi Teringat

Erkkk! Awal pagi dah tulis blog.

Semalam dinner dengan para Naib Canselor / Rektor Universiti Awam. Oh ya! Sekarang dah tak pakai istilah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lagi, okay? ^^ Dah guna nama "Universiti Awam".

Instagram saya hanya dibuka kepada rakan-rakan yang mengenali saya. Eh! Takkan fikir pasal tu pula. Banyak lagi benda lain nak fikir.

Okaylah... okay. Bulan ni sahaja jadual saya dah pack sangat! >.< Belum lagi bulan depan tak kira nak dekat bulan puasa ataupun tidak... kerja tetap kerja. Kerja oh kerja.... seronoknya banyak kerja kena buat.

Oleh kerana jadual saya sentiasa bersambung-sambung dan tak ada tanda nak putus, saya sendiri memutuskannya dengan membeli tiket penerbangan ke Johor Bahru. Kiranya nak rehat sebentarlah ni. JB! See you next month! Legoland aku datang. Yeaaahh!!!

Iyalah.... bila lagi nak cuti. Kalau time ulangtahun perkahwinan pun kena kerja, cam tak best pula. Bagilah peluang wmkat saya. ^^ Kebetulan tiket murah, kira okaylah tu. Sekarang beli tiket kapal terbang senang saja. Guna kredit kad boleh.... guna debit kad pun boleh. Tak perlu lagi berbaris panjang di kaunter.

Cerita pasal kad kredit. Ada banyak kad kredit ni boleh membawa bencana. Terkena lagi kalau kuat shopping. Nah! Habislah. Oleh itu, belanja dengan berhemat. Elak gunakan sesuka hati kerana anda perlu membayar kembali hutang kad kredit anda. :-) 

-
-
-
-
-
-
-
-

Barisan Naib Canselor (serta wakil) dan Rektor Universiti Awam.
Kredit foto group Urus Setia Mesyuarat NC/Rektor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!