Sabtu, 23 Mei 2015

Singapore Chicken Rice di Shopping Complex Karamunsing

Restoran Nasi Ayam Singapura begitu berkembang maju dan mempunyai banyak cawangan di Sabah dan Sarawak.

Di Karamunsing Shopping Complex sahaja ada banyak restoran yang menyediakan menu nasi ayam. Boleh pilih nak yang mana satu. Salah satu restoran tersebut adalah Nasi Ayam Singapura.

Selain nasi ayam, restoran ini menyediakan juadah yang lain juga mengikut citarasa pelanggan. Harga yang dikenakan sangat berpatutan dan rasa makanan juga enak! Jika nak tambah makanan atau order menu lain, jangan segan silu menekan calling button yang disediakan. 

Restoran ni cantik sebab ada hiasan ^^ Boleh pilih nak duduk sebelah bawah atau naik ke tingkat atas.

Nikmat pergi ke sesebuah restoran itu adalah saat menikmati makanan yang dimasukkan ke dalam mulut. 

Jom ke Restoran Nasi Ayam Singapura!

Hiasan dalam restoran

Chicken rice yang best

Teh O Panas

Ice coffee

Taugeh ikan masin dan wantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!