Selasa, 12 Mei 2015

Resepi Teppanyaki

Teppanyaki sedap dimakan ketika masih panas.

Hari tu teringin nak makan teppanyaki. Check punya check resepi di Internet, akhirnya jumpa juga.

Bahan-bahan:
  • Sayur kubis
  • Lobak
  • Cendawan Shitake
  • Hirisan daging lembu
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula pasir
  • Seasoning
  • Kicap cair
  • Serbuk lada hitam
  • Bawang putih
  • Minyak masak

Cara-caranya:

  • Hiris sayur kubis, lobak dan cendawan.
  • Masukkan sedikit minyak. Panaskan dan goreng bawang putih yang telah dicincang.
  • Apabila bawang kekuningan, angkat bawang tersebut.
  • Masukkan hirisan daging lembu. Campurkan sedikit kicap cair dan lada hitam. Masak lebih kurang 5 minit. (Di rumah saya tak ada kicap cair. Oleh itu, saya cairkan kicap masin dengan mencampurkan sedikit air).
  • Apabila daging telah masak, angkat. 
  • Tuang sedikit minyak masak. Dan masukkan sayur kubis, lobak dan cendawan Shitake. Campur sedikit kicap cair, garam, gula, seasoning serta serbuk lada hitam.
  • Apabila sayur telah layu, masukkan daging dan bawang tadi dan gaulkan bersama.
  • Padamkan api, sedia diangkat dan dihidangkan.


* P/S - Selain daging, boleh juga menggunakan isi ikan atau ayam. :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!