Selasa, 19 Mei 2015

Pengalaman ke Kursus Transformasi Minda

I miss my Shing Shing so much :(

Setelah berkursus wajib selama enam hari, akhirnya berjaya juga menghadiri semua sesi. Walaupun saya akui saya ada lambat hadir dua tiga sesi, tapi keadaan itu tak disengajakan atas urusan rasmi.

Pengalaman ke kursus ini memberi banyak faedah terutamanya dapat menimba ilmu pengetahuan dan mengenali antara satu sama lain. UMS ni besar, tak boleh nak kenal semua sekali. ^^ Dengan kursus ini, ia amat membantu saya untuk berkenalan dengan ramai staf.

Acara kemuncak kursus adalah team building. Tapi yang paling best bagi saya adalah sesi night trail iaitu bergerak beramai-ramai masuk ke dalam hutan pada waktu malam. Saya antara peserta yang berbaris di penghujung, jadi cam best jugalah. (Biasanya yang hujung-hujung ni mesti perangai gila-gila).

Lepas night trail, ada acara penutupan. Yang bestnya kena tidur dalam khemah di pantai ODEC. Pheew! Berkeringat juga sebab angin tak da sangat malam tu. Tapi kami dah sediakan back up, iaitu talkum Dettol Menthol yang sangat membantu menyejukkan badan.

Last day pada hari Ahad, disudahi dengan senaman di tepi pantai dan sesi salam menyalam antara peserta kursus. ^^ Ingat balik rumah nak tidur... rupa-rupanya terus kemas rumah, memasak, cuci keta dan lain-lain. Hehehe...

Program dekat seminggu ni banyak memberikan pengalaman baharu kepada saya dan rakan-rakan yang lain.

Tahniah!!

Ready for camping!

ODEC waktu awal pagi

Camping? -_-

Khai, Dewi and I

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!