Khamis, 7 Mei 2015

My Kit ^^

Taaadaaaaa!!

Nama dia Shing Shing (diambil sempena nama my late Shing Shing a.k.a Kucing). Kadang-kadang saya panggil Shi Shing. Aaahh! Kira aci la tu.

Actually nak cari nama punyalah susah. Lucy, Comel... macam-macamlah. Semua tak kena dan Hafiz pun kata 'no'. Sampai sahaja di rumah, Hafiz tanya lagi nama arnab ni. Keluar dari kepala otak dan secara spontan saya jawab, Shing-Shing. Dan Hafiz terus setuju. ^^ Okay!

Huh! Memang nak pelihara arnab. Walaupun kucing is my favorite, bunny also my favorite la. Kenapa saya suka arnab? Bulu gebu dan tak banyak tanggal, bijak, tak bising, manja dan maintenance juga tak tinggi. 

Shing-Shing baru berumur dua bulan. Beberapa hari ni saya latih Shing-Shing beberapa perkara. Satu... belajar panggil nama supaya dia datang ke tempat saya, dua... melompat di tempat yang lebih tinggi contohnya dari anak tangga, tiga.... belajar turun anak tangga. Baru beberapa kali ajar dah pandai dah :-) 

Apa yang best tentang arnab? Suka tengok arnab bermain. Kalau mereka dah super excited, pandai sprint dengan kelajuan mendadak. Pandai melompat tinggi dan berdiri dengan dua kaki. Kalau urut dahi dan belakang telinga, terus duduk diam rasa cam best. Tapi awas, once tengok mereka tengah hayal sebentar, cuba tengok lepas tu ada tak bahan buangan yang ditinggalkan. Adedei...

P/S - Anjing amat sensitif dengan bau arnab. Beware!


Taaadaaa! Ini adalah Shing-Shing, baka New Zealand.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Masa ni nak pergi beli arnab. Cari-cari... lastly jumpa kedai pet yang jual arnab. Nanti nak tambah satu lagi untuk teman Shing-Shing.

P/S - Keadaan muka saya yang terbaharu (4 Mei 2015). Syukur alhamdulillah... dah bertambah okay dan kurang jerawat. Gambar no edit. Hehe XD