Jumaat, 8 Mei 2015

Must Buy : Buku Masyarakat Kepulauan Pesisir Sabah

Hobi membaca buku tidak dapat dipisahkan. Baru-baru ini membeli beberapa buah buku dari Penerbit UMS, hasil tulisan para pensyarah UMS. Buku yang saya beli tu ada tiga iaitu "Buli di Tempat Kerja", "Kehidupan Beragama Masyarakat KadazanDusun" dan "Masyarakat Kepulauan Pesisir Sabah.

Harga buku ini adalah RM85, all color dan boleh dibeli di Penerbit UMS di Bangunan Perpustakaan, Universiti Malaysia Sabah.

Apa yang best pasal buku ni, banyak maklumat yang boleh diperolehi menerusi kepercayaan dan adat masyarakat kepulauan pesisir Sabah, contohnya bangsa Bajau. Yang saya excited sekali nak tahu adalah berkenaan balan-balan atau dikenali dengan nama lain iaitu balbalan. Ilmu ini amat terkenal di kalangan masyarakat termasuk negara jiran seperti di Filipina, walaupun nama panggilannya yang berbeza. 

Sesetengah orang mungkin tak percaya, tetapi bagi yang dah melalui pengalaman terserempak "benda" ini, tentu ianya takkan dilupakan sama sekali.

Jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh dapatkan buku ini dengan segera. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!