Isnin, 11 Mei 2015

Lazy Sunday

Tak la lazy sangat sebenarnya. Sabtu dan Ahad adalah masa untuk membuat kerja rumah. Hari-hari biasa pun macam tu juga cuma weekend kena ada extra effort. Yosh!! Basuh kain... cek! Mandikan Shing-Shing.... cek! Siram bunga.... cek! Repair tali ampaian... cek! etc etc etc.

Seperti biasa akan bangun awal. Set nak masak apa dan akhirnya menu pilihan adalah ayam sup dengan buah kundur, ketam lembut goreng dan teppanyaki. :-) Pergi beli mana-mana barang yang tak ada tu kat supermarket. Actually hajat nak beli pagar taman mini dan sos ikan bawal sahaja, tapi dah terbeli benda-benda lain. Perempuan dan shopping tak dapat dipisahkan.

Selain itu, beli bahan untuk buat moist chocolate cake. Ntah bila nak buat. -_- Bertekad nak buat minggu ni sebenarnya. Tapi.... haiissshhh.... tengok keadaan.

Okay. Saya ada amik beberapa gambar masakan saya hari ini:

Sup ayam dengan kundur. Masak tanpa minyak. Sup direneh lama untuk rasa yang lebih. Kundur membantu menyejukkan badan.

Ketam lembut goreng. Kalau nak beli ketam lembut, boleh cari di Tanjung Aru dekat Aeropod. Sana ada kedai frozen kan. Boleh beli kat sana. Harga RM38 untuk 500gram.

Teppanyaki. Next page saya kongsi resepi bagaimana nak masak teppanyaki. Campuran teppanyaki saya untuk hari ini adalah daging hiris, cendawan shitake, kubis dan lobak.

Shing -Shing tengah main bunga. Port kegemaran dia untuk lepak.

Start minggu depan dan depannya lagi, Sabtu Ahad kena kerja. Jadi tak boleh luangkan masa banyak di rumah. Lepas tu la kot. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!