Sabtu, 30 Mei 2015

Here... There and Everywhere

Sepatutnya 1hb Jun ni ke Kuala Lumpur. Tapi memandangkan tiket amatlah mahal (Dah check. Malindo Air Economy seat pun RM700+ untuk flight BKI-KUL sahaja), maka kunjungan rasmi ke IIUM terpaksa ditunda. Alasan utama bukan kerana tiket penerbangan tetapi kunjungan ke satu tempat saja tidak berbaloi. Patutnya pergi tempat lain lagi, namun atas sebab yang tak dapat dielakkan, semua agensi kata tak dapat buat pada tarikh 2hb Jun. Okaylah.

Selepas batal ke Kuala Lumpur, sekarang tengah tunggu jawapan jadi atau tak ke Semporna this 1st of June. By road! Sebab 2 Jun ada perasmian di Pulau Bum Bum. Tik tok... tik tok.... boss belum bagi jawapan. Lihat dan tunggu apa respon pas ni.

So..... this 8th June pun outstation juga. Ke pedalaman Sabah yang, kalau tengok dalam video pun, kena lalu jalan balak... naik perahu merentas sungai bagai... -_- yalah. Will be a great experience la....
After that, sambung terima kunjungan hormat from Universiti Teknologi Petronas dan straight ke... Johor Bahru. Oh yeah! Kalau ada peluang, nak ke Singapore. Yipi!!

Two weeks after Raya, In Shaa Allah ada rezeki akan ke luar negara. In September akan fly juga tapi kena pilih dua destinasi. Itu part yang paling susah. Ngeh! -_-

Jadi tadi last day kerja before cuti Kaamatan, jalan traffic jam. Semua nak keluar ke KK. Saya gerak dari office nak balik rumah pun jam 7PM. Nak singgah supermarket beli barang pun boleh jem juga. Kena parking jauh sikit. Then jalan kaki masuk supermarket, syukur tak ramai orang que di kaunter. Beli barang untuk majlis BBQ esok. Acara keluarga sahaja. Itulah ingat nak buat moist chocolate cake lagi. Sekalinya, lupa beli coklat masakan. Haiyooooo..... sedihnya.

So menu cadangan untuk majlis BBQ adalah ikan, udang, sotong, jagung dan ayam panggang... buah-buahan segar served with asam boi buatan sendiri dan coeslow. Lepas tu masak kari ayam. Sepatutnya ada moist chocolate cake juga!

Walaubagaimanapun, ini adalah pemandangan senja yang begitu cantik. Tiada apa yang dapat menandingi ciptaan-Nya. :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!