Khamis, 21 Mei 2015

Happiness is Homemade

Kenapa masakan ibu yang paling best? Kerana ibu memasak dengan penuh kasih sayang.♡^^♡
Happiness is homemade. :-)

Sesibuk mana pun kita kerja, luangkan sedikit masa untuk memasak di rumah. Tak perlu masak hari-hari pun tak apa. Apabila kita memasak dengan penuh fokus (ceiii) dan teliti (ccceeeeeeiiii!!), pastinya makanan yang simple pun boleh menjadi begitu sedap.

Tipsnya... Tengok aura yang dikeluarkan. Iyalah. Cuba kalau memasak masa marah, kengkadang masakan tu boleh jadi masin la, tawar la apa la. Tapi cuba kalau memasak dengan cool, fokus dan hati happy, mesti best punyalah menu hari tu walaupun hanya ikan sardin dan sayur. Gitu juga kalau masa memilih buah-buahan di kedai. Tak boleh marah-marah, nanti buah jadi masam. Itu orang tua-tua cakap la. Saya sampaikan balik sahaja.

Berbalik kepada cerita. Satu tips lagi untuk mendapatkan makanan yang penuh perasaan kasih sayang adalah; bila nak gaul bahan mentah tu guna tangan sahaja. Tak perlu guna sudu. Tengoklah apa bahan tu. Tak boleh juga semua benda guna tangan. Contohnya bila nak goreng ayam, kita kena campur ayam tu dengan tepung, garam dan lain-lain. Ulikan dengan tangan sahaja. Tak perlu gunakan sudu.
Mungkin ada yang kurang percaya dan anggap tips ni tak logik. Tetapi cara ini juga dipraktikkan oleh orang Korea ketika mereka membuat Kimchii. Cara pembuatan Kimchii yang sebenar ada caranya sendiri, penuh dengan adat serta resamnya. Kalau tak percaya, boleh cuba.

Next tips... bila memasak, hidulah masakan itu. Dengan menghidu saja, kita boleh tau masakan kita tu kurang apa. Garamnya, gulanya atau lain-lain. Adakah aroma masakan itu membuatkan perut kita terus rasa lapar? Jika ya, tentunya ia adalah masakan yang sempurna.

Lastly, rasa masakan kita terlebih dahulu. Coz' we serve the best for our family :-) ♡

Nikmatnya memasak sendiri itu bukanlah dua tiga kali kita tambah nasi, tetapi melihat orang yang kita sayang tu gembira memakan masakan kita. :-)

Moist chocolate cake yang saya buat. ^^ Yipi! Hafiz kata sedap. Prof kata sedap. Tun kata sedap. Pass la tu kalau ramai yang kata sedap. Yess!

Ikan putih kukus dengan sos ikan. Thank you Acuk sebab bagi ikan yang segar ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!