Sabtu, 2 Mei 2015

Destinasi : Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan

Pada 24-28 April 2015.... saya dan beberapa orang rakan sekerja lain pergi outstation ke pelbagai tempat di sekitar Sabah untuk menjalankan tugas rasmi.

Destinasi pertama.... Sandakan.

Tepat jam 12.15PM, saya, Khai, kak Feria dan Ernest selamat tiba di lapangan terbang Sandakan. Dengan rasa tak bestnya, staf MasWing memaklumkan kepada kami bahawa.... BEG SAYA DAN KHAI tertinggal di Kota Kinabalu. -_- Haiyaaaa..... Awal-awal dah ada dugaan. Staf tu kata next flight tiba jam 350PM. Jadi boleh amik beg pada waktu tu. Haiiiyaaa...... sebenarnya beg boleh tertinggal sebab ada masalah di bahagian kargo. Okaylah. Kebetulan pada hari tu ramai rakyat Australia datang ke Sandakan untuk hadir ke upacara penghormatan kepada askar dan saudara mara yang terkorban semasa Sandakan death march di Borneo pada tahun 1945.

Tepat jam 1.15PM, bermulanya tugas rasmi kami dengan menyambut ketibaan YABhg Tun Pengerusi LPU dan Toh Puan. Lepas tu terus ke Fakulti Pertanian Lestari, manakala saya dan kak Feria temankan Toh Puan ke hotel untuk menguruskan hal penginapan. Lepas dah selesai, terus bergegas ke fakulti bersama yang lain. Agak berkejar jugalah masa tu.

Aktiviti sewaktu ini termasuklah lawatan ke projek pembangunan dan ladang di sekitar fakulti. Saya upload sedikit gambar-gambar untuk dikongsikan bersama para pembaca sekalian. ^^

YABhg Tun sedang melawat rumah cendawan

Bergambar bersama pelajar-pelajar Fakulti Pertanian Lestari. Semoga sentiasa cemerlang ^^

Malam tu ada dinner di Ocean King Seafood bersama usahawan pertanian Sandakan. Snapshot bersama kak Feria yang bertugas di Bahagian Media & Citra UMS. Juga adalah seorang pengacara majlis (Bahasa Inggeris) profesional.

Me, Khai dan kak Feria

Selepas habis dinner, sempat pergi pasar malam Sandakan untuk cuci mata. HeHeHe. Terhibur dengan nyanyian street band pada malam tu.

Balik saja hotel, terus jumpa di cafe dan siapkan laporan lawatan tadi petang bersama Khai.

Lycee soda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!