Ahad, 3 Mei 2015

Destinasi : Regatta Lepa 2015, Semporna

Lepas saja ke Hafiz Farm, kami meneruskan perjalanan dari Sandakan ke Semporna untuk melihat Pesta Regatta Lepa 2015. Pesta ini diadakan pada setiap tahun pada bulan April. Nak tau lebih lanjut berkenaan Semporna dan Regatta Lepa, boleh klik link ini.

Okay. Masa dah masuk ke daerah Semporna, banyak bendera Regatta Lepa di letakkan di tepi jalan... dan semua orang punyalah excited masa tu. Ni first time saya hadir ke pesta ini dan tentunya satu pengalaman baharu bagi saya. ^^

Terus kepada gambar-gambar di bawah:

Untuk memudahkan urusan masuk, stiker VIP amatlah diperlukan. Kalau tak... errr... susah sikit nak bawa masuk kereta. Sayangnya, saya lupa amik balik stiker tu dari pemandu. Erk!!

Ini adalah Lepa UMS. Cantik dan bewarna-warni! (Foto kredit)

Pesta Regatta Lepa sedang berjalan. (Foto kredit). Masa acara sukan laut akhir, kami tak sempat tengok. Yang ni duk amik gambar dari rakan sekerja yang dah sampai kat sana lebih awal.

Petang tu sempat lagi singgah ke pasar yang dibuka sempena Regatta Lepa 2015. Pasar dibuka selama 3 hari dari 24-26 April 2015. Pelbagai barangan dan makanan yang dijual di pasar ini.

Me and my colleague, Khai

Malam tu hadir ke Majlis Penutupan Regatta Lepa 2015. Nasib baik duduk kat atas pentas, boleh tengok persembahan dengan jelas. Dari kiri : Harun, saya dan Khai. P/S - Kamera Oppo memang menjadikan wajah anda lebih manis dan menarik. Ngeh!







Persembahan khas dari juara Maharaja Lawak, Kumpulan Zero. Memang lucu walaupun kebanyakkannya bercakap dalam Bahasa Bajau. Boleh faham juga... sikit. Selain itu, ada banyak lagi persembahan lain seperti nyanyian dari artis Mentor, Ratu Rock Ella dan lain-lain. Isteri kepada Datuk Seri Shafie Apdal juga mengadakan persembahan tarian Daling-Daling.

Penghabisan Pesta Regatta Lepa dengan acara bunga api


Persembahan tarian tradisional
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Keesokan harinya, kami mengadakan lawatan ke Seaweed Research Centre yang terletak lebih kurang 30 minit dari jeti Semporna. Walaubagaimanapun, saya tak ikut ke lawatan tersebut sebab temankan Toh Puan berjalan-jalan di sekitar Semporna. Nasib baik Khai banyak membantu. Phew! Gambar di atas adalah sekumpulan Ikan Putih yang berenang kegembiraan di Holiday Resort, Tampi-Tampi... tempat cerita Duyung dilakonkan.

Manakala yang lain pergi ke Seaweed Research Centre. Selamat kembali!


Sebelum bertugas, sempat lagi bergambar

Lawatan ke Seaweed Research Centre. Pemandangan menghadap jurukamera. (Foto kredit Khai)

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum sis. Saya nak tanya macam mna nak dapatkan pelekat VIP utk Pesta Regatta Lepa tu? Adakah hanya pihak-pihak yang bertugas sahaja mempunyai kelebihan dalam menggunakan pelekat tersebut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikumusalam.... untuk dapatkan pelekat VIP Pesta Regatta Lepa perlu berhubung dengan pihak penganjur. Walaibagaimanapun, pelekat ini hanya terhad kepada jemputan khas yang datang ke pesta ini sahaja.

      Padam

Terima kasih!