Selasa, 5 Mei 2015

Destinasi : Maliau Basin

Perjalanan masih belum berakhir dan diteruskan ke Maliau Basin. Ini kali pertama saya ke Maliau Basin. Dalam fikiran saya, keadaan di Maliau Basin tentunya sama seperti time ke Danum Valley dulu. Perjalanan dari Tawau ke Maliau Basin tak mengambil masa yang lama. Dalam masa dua jam dah sampai ke simpang Maliau. Begitu juga perjalanan dari Maliau Basin ke Keningau, juga mengambil masa yang lebih kurang sama.

Jika pengunjung ingin memasuki hutan Maliau Basin, anda perlu merujuk kepada Yayasan Sabah terlebih dahulu dan memberitahu tujuan kunjungan tersebut. Office ada di Kota Kinabalu di bangunan Yayasan Sabah. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Maliau Basin, sila klik link ini.

Sebelum tiba ke destinasi, sempat singgah ke pasar Tawau. Di pasar Tawau yang paling popular adalah ikan masin, udang kering dan lain-lain yang kering.... serta makanan traditional seperti Biskut Bangkek dan Amplang pelbagai perisa. Sempat bergambar dengan pelancong dari China. Sebenarnya mereka tengah sibuk amik gambar dan tiba-tiba nak bergambar dengan saya juga. Jadi saya pun amik kesempatan jugalah. Sebagai kenangan....

Petang tu sampai sahaja di Maliau, terus dibawa berjalan sekitar tempat ini. Ini adalah sungai Maliau Basin yang berdekatan dengan Belian Camp. Kandungan air di Maliau Basin berasid dan berbeza dengan Danum Valley. Dilarang untuk minum air sungai kat sini kecuali kalau dah di didihkan dengan betul. (Shot dari jambatan gantung).

Hutan belantara yang kaya dengan flora dan fauna. Walaubagaimanapun, anda dilarang sama sekali memetik tumbuh-tumbuhan yang berada di kawasan ini.

Keesokan paginya seawal 0530AM, kami mengadakan sedikit trekking untuk melihat keindahan alam. Sampai juga ke Belian Camp.

Sungai di Maliau Basin. Tak ada ikan sebab keadaan air yang berasid

Lepas ke Belian Camp dan breakfast, kami ke Agathis Camp. Di sini kawasan yang banyak pacat. Jeng jeng jeng!!

Mula-mula ingatkan ular. Rupanya akar kayu yang ditumbuhi pokok tumpang

Sepanjang perjalanan di Agathis Camp, tak tau berapa banyak pacat yang melekat di kasut. Rasanya 10 ekor pun ada



Ini adalah pokok kemenyan dan getah itu juga berbau.

Satu penghargaan buat kami semua kerana berjaya sampai ke Maliau Basin. Fasiliti yang disediakan begitu baik, layanan para kakitangan juga mesra. Jika ada peluang di masa hadapan, saya ingin pergi ke sini lagi. ^^

KENAPA DIBERI NAMA MALIAU BASIN?

 Inilah kawasan Maliau Basin. (Source Google Maps)

Maliau Basin yang difokuskan. Nampak lingkaran ini yang terbentuk seperti basin? (Source Google Maps)

Inilah keadaan Geografi Maliau Basin. Sangat cantik. (Source)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!