Selasa, 5 Mei 2015

Destinasi : Ladang Datuk Yap Yun Fook, Keningau

Setelah melihat keindahan Maliau Basin yang tak pernah rasa kepuasannya, kami menuju ke next destination... iaitu Keningau. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk melawat ladang Datuk Yap Yun Fook, usahawan Malaysia yang berjaya, selain mengadakan beberapa mesyuarat lain.

Di ladang yang teramat luas ini, kami dapat melihat lembu-lembu ternakan, pokok nanas yang banyak berbuah serta pemandangan yang begitu cantik sekali. Pada pendapat saya, Datuk Yap merupakan seorang yang amat rajin, gigih berusaha dan tidak takut untuk menghadapi risiko, itulah yang menjadikan beliau seorang usahawan yang berjaya.

Lembu ternakan yang sedang diperah susu. Lembu-lembu ini seolah-olah dah tahu bila turn mereka nak kena perah susu. Lepas yang dah selesai keluar baris, next lembu dengan sendirinya berbaris ke dalam tempat yang disediakan. Wuh!

Me and Khai. Kami di served susu lembu fresh. Weewit!

Tempat yang sangat luas dan kebersihan sentiasa dijaga

Anak lembu berusia beberapa hari

Datuk Yap dengan nanas beliau. Nampak isi masih putih dan tak berapa masak, tetapi rasanya teramatlah enak dan manis!

Buah mata kucing yang ditanam di tepi rumah Datuk. Marvelous!

Pokok bunga orkid

Pemandangan yang indah di ladang Datuk

Semua bahan mentah untuk makan malam ini diambil dari hasil kepunyaan Datuk Yap sendiri. Sup daging rusa memang best (disembelih halal ya ^^) 

Keesokan harinya sebelum bertolak balik ke Kota Kinabalu, sempat try jalan zero graviti di Keningau yang terletak di Kilometer 11, Keningau. Driver lepaskan break dan kereta naik bukit pula. Hasil bacaan dari Internet, ianya hanyalah ilusi optik dimana bukit sebenarnya sedang menurun tetapi kita nampak macam menaik pula. Hrrrmmm....

Malam tu selepas sampai ke Kota Kinabalu, terus adakan dinner dan perbincangan tentang hasil lawatan serta beberapa perkara penting yang lain.

The end (24 - 28 April 2015)

1 ulasan:

  1. 👮👉Pimpinbarahang00gmail,com,(Co;S,L,D,B,/bahagian inandung,(peti surat;2504,)(89008)keningau,sabah,malaysia,(telefhone;(60178660847)

    BalasPadam

Terima kasih!