Ahad, 3 Mei 2015

Destinasi : Hafiz Farm, Sandakan

25hb April, susulan dari dinner semalam bersama para usahawan pertanian Sandakan, Tuan Hj Yussup iaitu pemilik kepada Hafiz Farm yang terkenal di Sabah telah menjemput rombongan kami melawat ladang ternakannya.

Rasa cam best juga sebab tak selalu dapat turun ke ladang. Excited nak pegang lembu punya pasal. Yeah!

Jom tengok gambar satu persatu.

Sang lembu yang riang-ria sebab dapat makan banyak kali dalam sehari.

Lepas lawat ladang lembu, kami pergi lawat kilang penyembelihan lembu pula. Kena pakai kasut boot Phua Chu Kang sebagai menjaga kebersihan dan mengelak tergelincir. Foto kaki saya dan Khai. Hahaha! XD super excited!

Ni keadaan refrigerator untuk penyimpanan daging lembu yang telah disembelih. Bila tengok lama-lama macam dalam filem horror pun ada. 
  
Bergambar bersama Tuan Haji Yussup, owner Hafiz Farm.

Ni kambing di ladang ternakan kawan kepada Tuan Haji Yussup. Punyalah best dapat tengok kambing yang gemuk. Kambing ni friendly berbanding lembu. Dapat kacau anak kambing lagi best. Dahlah comel. Manja lagi tu. ^^

Kambing yang tiba-tiba datang nak pergi makan seluar. Haip!!

KENAPA HAFIZ FARM?
Pada mulanya ingat nama owner ni mesti Hafiz. Rupanya Hafi Farm dinamakan sempena nama anak beliau. Dan yang paling best, Hafiz ketika ini baru berumur 16 tahun tetapi hebat serta berpengalaman dalam mengendalikan bisnes ayahnya. Ridwan Mart (perasan tak cawangan ada di Putatan), juga milik Tuan Haji Yussup dan dinamakan sempena anak sulung beliau. ^^ 

Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman web Hafiz Farm.
(updated 9/2/2017)

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum, saya sgt berminat utk pergi ke hafiz farm, mcmna utk menghubungi tuan haji yussuf?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumusalam... tuan boleh hubungi pejabat Hafiz Farm di 089 885 750 atau fax di 089 882 751.

      Padam
  2. Selalu limpas signboard hafiz farm di sandakan dan LD . Info yang bagus . Keep it up

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iyaa... klu limpas dari jauh pun.. tu signboard duluan yg dibaca. Ok terima kasih. :-)

      Padam
  3. Sy berminat nak pergi ke hafiz farm. Sy juga brcadang nak beli kambing tuk ternakan. Dmna lokasi

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh berhubung terus dengan Hafiz Farm di:

      http://hafizfarm.com/index.php

      Padam
  4. MANA PETA HAFIZ FARM ,SAYA BINGUNG CARI BUMBUNG HAFIZ FARM DI GOOGLE MAPS BOLEH TOLONG?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web mereka di http://hafizfarm.com/index.php

      Call - 014-238 9093
      Atau emel di hafizfarm@yahoo.com

      FB Page Hafiz Farm - https://www.facebook.com/HafizFarmSB/

      Padam

Terima kasih!