Khamis, 28 Mei 2015

Cara untuk Memanaskan Diri dalam Pejabat yang Sejuk


Adoii! Punyalah sejuk dalam office. Nak pusing aircond pun tak dapat dah sebab bilik AHU dah kena kunci. Tengok temperature, 18C! Itupun dah cukup sejuk. Tapak tangan dah pucat, sendi berubah jadi biru. Nak panggil staff penyelenggaraan minta naikkan sikit suhu aircond pun.... fikir-fikir juga. Aircond di pejabat ni lain macam sikit. Tak ada suhu average. Ada sejuk dan panas sahaja. Kalau dah panas... phew! Stuffy jadinya.

Baiklah. Nak kongsi cara membantu memanaskan diri dalam pejabat (sekiranya tak ada cara lain untuk off aircond):

  • Pakai stoking. Kalau boleh pakai selipar fluffy pun best. Boleh memanaskan kaki yang sejuk. Jangan guna masa mesyuarat dan masa berurusan dengan orang dah la. 
  • Pakai baju yang tebal. Tak pun pakai jaket yang sesuai atau blazer.
  • Pakai shawl (untuk perempuan) dan selubungkan supaya tak sejuk. Nak bawa selimut pun boleh (pastikan selimut tak terlalu lebar). Boleh bawa tidur masa rehat.
  • Minum air panas (Teh O, Kopi O dan lain-lain).
  • Buka tingkap untuk keluarkan wap sejuk.
  • Tutup lubang aircond dengan kertas.
  • Take five. Keluar ke tandas ke.... keluar bilik ke... yang penting ke kawasan yang lebih panas.
Tapi cara ni depends dengan suasana office jugalah. Jangan pula depan boss selubung dalam selimut. Kang tak pasal-pasal kena tegur buang tebiat. 


Saya ada selipar fluffy. HaHaHa!

Selimut kegemaran saya ^^♡

P/S - Recommended temperature dalam office adalah 24C

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!