Sabtu, 30 Mei 2015

BBQ Dengan Keluarga Sempena Hari Cuti

Fuh! Baru dapat rehat. Alangkah bestnya baring di atas katil sambil pekena aircond. Berita gembira. Prof call tadi kata tak jadi ke Semporna. Yeah! Boleh cuti-cuti Malaysia nampaknya ni.

Tadi dah panggang macam-macam jenis makanan. Ada ikan putih, ada udang, isi siput (orang Sabah panggil Kahanga), sotong, sayap ayam dan jagung. Lepas tu ada coeslow (dengan mayonis bijan panggang) dan buah-buahan. Juga ada ayam kari. Tapi tadi tersangatlah sibuk, jadi tak dapat nak amik gambar banyak. Kecewa jugalah. Iyalah. Dah tak ingat apa lagi. Di rumah dua orang saja. Then ramai datang. Apa lagi. Kelam kabutlah! Cuci pinggan mangkuk, panaskan balik lauk panggang dan bla bla bla. Phew! Ingat esok nak pergi urut. Lenguh juga rasa kaki ni.

Mama ada bawa ayam goreng berempah. Best juga. Nyesal tak minta resepi. Kalau tak, dah boleh praktis di rumah. Haisshh! Rugi tak buat kek coklat moist hari ni. Rupanya family datang nak merasa kek tu. Saya pun silap juga. Boleh pula terlupa beli cooking chocolate semalam. Kalau tak.... mesti dah ada pencuci mulut kek coklat! Huaaaahhhh! Tak apa. Esok kalau rajin nak buat la.

Oleh kerana rumput dah dipotong tadi pagi, esok boleh operasi menanam pokok. Tak tau apa nama pokok tu tapi cantik. Daunnya kuning dan lebar. Tak tinggi sangat. Paras pinggang kot. Sesuai dijadikan pagar taman. 

Huhu. Ini la aktiviti saya masa cuti. Kalau bukan memasak dan mencuba resepi baharu, keluarkan peluh dengan membuat kerja rumah atau gardening. Kalau tak pun pergi merayap ke shopping complex tengok apa yang best :-)


Set pemanggang yang baru dibeli. Boleh di dapati di mana-mana supermarket. Yang ni beli di CKS dengan harga yang murah. Thumbs up!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!