Sabtu, 30 Mei 2015

BBQ Dengan Keluarga Sempena Hari Cuti

Fuh! Baru dapat rehat. Alangkah bestnya baring di atas katil sambil pekena aircond. Berita gembira. Prof call tadi kata tak jadi ke Semporna. Yeah! Boleh cuti-cuti Malaysia nampaknya ni.

Tadi dah panggang macam-macam jenis makanan. Ada ikan putih, ada udang, isi siput (orang Sabah panggil Kahanga), sotong, sayap ayam dan jagung. Lepas tu ada coeslow (dengan mayonis bijan panggang) dan buah-buahan. Juga ada ayam kari. Tapi tadi tersangatlah sibuk, jadi tak dapat nak amik gambar banyak. Kecewa jugalah. Iyalah. Dah tak ingat apa lagi. Di rumah dua orang saja. Then ramai datang. Apa lagi. Kelam kabutlah! Cuci pinggan mangkuk, panaskan balik lauk panggang dan bla bla bla. Phew! Ingat esok nak pergi urut. Lenguh juga rasa kaki ni.

Mama ada bawa ayam goreng berempah. Best juga. Nyesal tak minta resepi. Kalau tak, dah boleh praktis di rumah. Haisshh! Rugi tak buat kek coklat moist hari ni. Rupanya family datang nak merasa kek tu. Saya pun silap juga. Boleh pula terlupa beli cooking chocolate semalam. Kalau tak.... mesti dah ada pencuci mulut kek coklat! Huaaaahhhh! Tak apa. Esok kalau rajin nak buat la.

Oleh kerana rumput dah dipotong tadi pagi, esok boleh operasi menanam pokok. Tak tau apa nama pokok tu tapi cantik. Daunnya kuning dan lebar. Tak tinggi sangat. Paras pinggang kot. Sesuai dijadikan pagar taman. 

Huhu. Ini la aktiviti saya masa cuti. Kalau bukan memasak dan mencuba resepi baharu, keluarkan peluh dengan membuat kerja rumah atau gardening. Kalau tak pun pergi merayap ke shopping complex tengok apa yang best :-)


Set pemanggang yang baru dibeli. Boleh di dapati di mana-mana supermarket. Yang ni beli di CKS dengan harga yang murah. Thumbs up!

Here... There and Everywhere

Sepatutnya 1hb Jun ni ke Kuala Lumpur. Tapi memandangkan tiket amatlah mahal (Dah check. Malindo Air Economy seat pun RM700+ untuk flight BKI-KUL sahaja), maka kunjungan rasmi ke IIUM terpaksa ditunda. Alasan utama bukan kerana tiket penerbangan tetapi kunjungan ke satu tempat saja tidak berbaloi. Patutnya pergi tempat lain lagi, namun atas sebab yang tak dapat dielakkan, semua agensi kata tak dapat buat pada tarikh 2hb Jun. Okaylah.

Selepas batal ke Kuala Lumpur, sekarang tengah tunggu jawapan jadi atau tak ke Semporna this 1st of June. By road! Sebab 2 Jun ada perasmian di Pulau Bum Bum. Tik tok... tik tok.... boss belum bagi jawapan. Lihat dan tunggu apa respon pas ni.

So..... this 8th June pun outstation juga. Ke pedalaman Sabah yang, kalau tengok dalam video pun, kena lalu jalan balak... naik perahu merentas sungai bagai... -_- yalah. Will be a great experience la....
After that, sambung terima kunjungan hormat from Universiti Teknologi Petronas dan straight ke... Johor Bahru. Oh yeah! Kalau ada peluang, nak ke Singapore. Yipi!!

Two weeks after Raya, In Shaa Allah ada rezeki akan ke luar negara. In September akan fly juga tapi kena pilih dua destinasi. Itu part yang paling susah. Ngeh! -_-

Jadi tadi last day kerja before cuti Kaamatan, jalan traffic jam. Semua nak keluar ke KK. Saya gerak dari office nak balik rumah pun jam 7PM. Nak singgah supermarket beli barang pun boleh jem juga. Kena parking jauh sikit. Then jalan kaki masuk supermarket, syukur tak ramai orang que di kaunter. Beli barang untuk majlis BBQ esok. Acara keluarga sahaja. Itulah ingat nak buat moist chocolate cake lagi. Sekalinya, lupa beli coklat masakan. Haiyooooo..... sedihnya.

So menu cadangan untuk majlis BBQ adalah ikan, udang, sotong, jagung dan ayam panggang... buah-buahan segar served with asam boi buatan sendiri dan coeslow. Lepas tu masak kari ayam. Sepatutnya ada moist chocolate cake juga!

Walaubagaimanapun, ini adalah pemandangan senja yang begitu cantik. Tiada apa yang dapat menandingi ciptaan-Nya. :-)

Khamis, 28 Mei 2015

Lampu Tidur LED : Energy Saving Intelligent

Tertarik dengan lampu tidur LED yang comel ni. ^^

Lampu tidur ni ada bermacam-macam corak flora. Tapi saya amik yang ini. Bukan sahaja jimat elektrik (0.2W), harganya juga murah. Hanya RM8.50+ termasuk GST. Boleh didapati di kedai SuperSave di Centre Point, Sabah.

Yang bestnya lampu ni ada sensor. Kalau off lampu utama, lampu LED ini akan menyala sendiri. Jika lampu utama di pasang semula, secara automatik lampu LED akan berhenti menyala. 

Colorful pula tu! Suka tengok sebab comel :-) 

Gambar atas kiri : Rupa lampu LED sebenar. Gambar lain-lain adalah sewaktu lampu LED menyala dan bewarna-warni

Cara untuk Memanaskan Diri dalam Pejabat yang Sejuk


Adoii! Punyalah sejuk dalam office. Nak pusing aircond pun tak dapat dah sebab bilik AHU dah kena kunci. Tengok temperature, 18C! Itupun dah cukup sejuk. Tapak tangan dah pucat, sendi berubah jadi biru. Nak panggil staff penyelenggaraan minta naikkan sikit suhu aircond pun.... fikir-fikir juga. Aircond di pejabat ni lain macam sikit. Tak ada suhu average. Ada sejuk dan panas sahaja. Kalau dah panas... phew! Stuffy jadinya.

Baiklah. Nak kongsi cara membantu memanaskan diri dalam pejabat (sekiranya tak ada cara lain untuk off aircond):

  • Pakai stoking. Kalau boleh pakai selipar fluffy pun best. Boleh memanaskan kaki yang sejuk. Jangan guna masa mesyuarat dan masa berurusan dengan orang dah la. 
  • Pakai baju yang tebal. Tak pun pakai jaket yang sesuai atau blazer.
  • Pakai shawl (untuk perempuan) dan selubungkan supaya tak sejuk. Nak bawa selimut pun boleh (pastikan selimut tak terlalu lebar). Boleh bawa tidur masa rehat.
  • Minum air panas (Teh O, Kopi O dan lain-lain).
  • Buka tingkap untuk keluarkan wap sejuk.
  • Tutup lubang aircond dengan kertas.
  • Take five. Keluar ke tandas ke.... keluar bilik ke... yang penting ke kawasan yang lebih panas.
Tapi cara ni depends dengan suasana office jugalah. Jangan pula depan boss selubung dalam selimut. Kang tak pasal-pasal kena tegur buang tebiat. 


Saya ada selipar fluffy. HaHaHa!

Selimut kegemaran saya ^^♡

P/S - Recommended temperature dalam office adalah 24C

Rabu, 27 Mei 2015

Sifat Benci itu Sia-Sia

Jauhilah sifat kebencian daripada bertapak di hati sanubari kita. Kebencian telah menimbulkan banyak kerosakan di muka bumi; kebencian sering mengancam keharmonian. Justeru, bagi mewujudkan keharmonian di dalam kampus, jauhilah sifat kebencian dan perbuatan-perbuatan yang mendorong kepada kebencian seperti mengadu domba, membuat fitnah, buruk sangka, melemparkan tohmahan-tohmahan yang tidak berasas dan umpat mengumpat. Jangan membazir masa kepada perkara-perkara negatif sedemikian. 

Percayalah bahawa orang yang ada sifat kebencian tidak akan bahagia dan tidak merasa kemanisan hidup. Jiwanya sentiasa tidak tenteram, hatinya sentiasa gundah gulana, fikirannya tidak fokus kepada perkerjaan, dan akhirnya kekusutan dalaman yang diciptanya sendiri terjemah pada wajah dan keperibadiannya. Sesungguhnya kita semua berasal dari moyang yang sama, yakni Adam dan Hawa. Justeru berkasih sayanglah kerana semua adalah insan yang sama, yang ada perasaan dan hati yang mudah tersentuh dan tersinggung. Jagalah hati saudara-saudara kita daripada kata-kata kesat dan caci mencaci. Jaga keharmonian, hormat menghormati, jangan membuang masa dengan berbual-bual yang mendorong ke arah itu.

- Dipetik dari teks ucapan Amanat Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah 2013 -


Daripada sering berasa benci, lebih baik tinggalkan perasaan itu jauh-jauh. Orang yang ada sifat sedemikian tidak akan tenteram hatinya. Sentiasa memikirkan kebencian yang lama-lama akan memakan diri sendiri. Apa yang dipandang, semuanya tak kena. Yang baik jadi buruk, yang cantik jadi hodoh dan yang ikhlas menjadi tidak ikhlas. Kerja tidak akan dapat dilaksanakan dengan baik memandangkan agenda utamanya hanyalah untuk meluahkan rasa benci, mengumpat dan menyebarkan fitnah.

Orang yang dibelenggu perasaan benci tidak dapat dibangunkan akalnya. Kerana benci itu membutakan hatinya. 

Cantiknya peribadi seseorang diukur melalui akhlak, personaliti dan amal ibadahnya. Bukan kecantikan duniawi semata-mata. Kata-kata kesat yang dilemparkan itu tiada faedahnya, dan hanyalah berbalik kepada diri sendiri. 

Renung-renungkanlah....

Sabtu, 23 Mei 2015

Tiba-Tiba Lagi Teringat

Erkkk! Awal pagi dah tulis blog.

Semalam dinner dengan para Naib Canselor / Rektor Universiti Awam. Oh ya! Sekarang dah tak pakai istilah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lagi, okay? ^^ Dah guna nama "Universiti Awam".

Instagram saya hanya dibuka kepada rakan-rakan yang mengenali saya. Eh! Takkan fikir pasal tu pula. Banyak lagi benda lain nak fikir.

Okaylah... okay. Bulan ni sahaja jadual saya dah pack sangat! >.< Belum lagi bulan depan tak kira nak dekat bulan puasa ataupun tidak... kerja tetap kerja. Kerja oh kerja.... seronoknya banyak kerja kena buat.

Oleh kerana jadual saya sentiasa bersambung-sambung dan tak ada tanda nak putus, saya sendiri memutuskannya dengan membeli tiket penerbangan ke Johor Bahru. Kiranya nak rehat sebentarlah ni. JB! See you next month! Legoland aku datang. Yeaaahh!!!

Iyalah.... bila lagi nak cuti. Kalau time ulangtahun perkahwinan pun kena kerja, cam tak best pula. Bagilah peluang wmkat saya. ^^ Kebetulan tiket murah, kira okaylah tu. Sekarang beli tiket kapal terbang senang saja. Guna kredit kad boleh.... guna debit kad pun boleh. Tak perlu lagi berbaris panjang di kaunter.

Cerita pasal kad kredit. Ada banyak kad kredit ni boleh membawa bencana. Terkena lagi kalau kuat shopping. Nah! Habislah. Oleh itu, belanja dengan berhemat. Elak gunakan sesuka hati kerana anda perlu membayar kembali hutang kad kredit anda. :-) 

-
-
-
-
-
-
-
-

Barisan Naib Canselor (serta wakil) dan Rektor Universiti Awam.
Kredit foto group Urus Setia Mesyuarat NC/Rektor

Singapore Chicken Rice di Shopping Complex Karamunsing

Restoran Nasi Ayam Singapura begitu berkembang maju dan mempunyai banyak cawangan di Sabah dan Sarawak.

Di Karamunsing Shopping Complex sahaja ada banyak restoran yang menyediakan menu nasi ayam. Boleh pilih nak yang mana satu. Salah satu restoran tersebut adalah Nasi Ayam Singapura.

Selain nasi ayam, restoran ini menyediakan juadah yang lain juga mengikut citarasa pelanggan. Harga yang dikenakan sangat berpatutan dan rasa makanan juga enak! Jika nak tambah makanan atau order menu lain, jangan segan silu menekan calling button yang disediakan. 

Restoran ni cantik sebab ada hiasan ^^ Boleh pilih nak duduk sebelah bawah atau naik ke tingkat atas.

Nikmat pergi ke sesebuah restoran itu adalah saat menikmati makanan yang dimasukkan ke dalam mulut. 

Jom ke Restoran Nasi Ayam Singapura!

Hiasan dalam restoran

Chicken rice yang best

Teh O Panas

Ice coffee

Taugeh ikan masin dan wantan

Khamis, 21 Mei 2015

Happiness is Homemade

Kenapa masakan ibu yang paling best? Kerana ibu memasak dengan penuh kasih sayang.♡^^♡
Happiness is homemade. :-)

Sesibuk mana pun kita kerja, luangkan sedikit masa untuk memasak di rumah. Tak perlu masak hari-hari pun tak apa. Apabila kita memasak dengan penuh fokus (ceiii) dan teliti (ccceeeeeeiiii!!), pastinya makanan yang simple pun boleh menjadi begitu sedap.

Tipsnya... Tengok aura yang dikeluarkan. Iyalah. Cuba kalau memasak masa marah, kengkadang masakan tu boleh jadi masin la, tawar la apa la. Tapi cuba kalau memasak dengan cool, fokus dan hati happy, mesti best punyalah menu hari tu walaupun hanya ikan sardin dan sayur. Gitu juga kalau masa memilih buah-buahan di kedai. Tak boleh marah-marah, nanti buah jadi masam. Itu orang tua-tua cakap la. Saya sampaikan balik sahaja.

Berbalik kepada cerita. Satu tips lagi untuk mendapatkan makanan yang penuh perasaan kasih sayang adalah; bila nak gaul bahan mentah tu guna tangan sahaja. Tak perlu guna sudu. Tengoklah apa bahan tu. Tak boleh juga semua benda guna tangan. Contohnya bila nak goreng ayam, kita kena campur ayam tu dengan tepung, garam dan lain-lain. Ulikan dengan tangan sahaja. Tak perlu gunakan sudu.
Mungkin ada yang kurang percaya dan anggap tips ni tak logik. Tetapi cara ini juga dipraktikkan oleh orang Korea ketika mereka membuat Kimchii. Cara pembuatan Kimchii yang sebenar ada caranya sendiri, penuh dengan adat serta resamnya. Kalau tak percaya, boleh cuba.

Next tips... bila memasak, hidulah masakan itu. Dengan menghidu saja, kita boleh tau masakan kita tu kurang apa. Garamnya, gulanya atau lain-lain. Adakah aroma masakan itu membuatkan perut kita terus rasa lapar? Jika ya, tentunya ia adalah masakan yang sempurna.

Lastly, rasa masakan kita terlebih dahulu. Coz' we serve the best for our family :-) ♡

Nikmatnya memasak sendiri itu bukanlah dua tiga kali kita tambah nasi, tetapi melihat orang yang kita sayang tu gembira memakan masakan kita. :-)

Moist chocolate cake yang saya buat. ^^ Yipi! Hafiz kata sedap. Prof kata sedap. Tun kata sedap. Pass la tu kalau ramai yang kata sedap. Yess!

Ikan putih kukus dengan sos ikan. Thank you Acuk sebab bagi ikan yang segar ini.

Selasa, 19 Mei 2015

Pengalaman ke Kursus Transformasi Minda

I miss my Shing Shing so much :(

Setelah berkursus wajib selama enam hari, akhirnya berjaya juga menghadiri semua sesi. Walaupun saya akui saya ada lambat hadir dua tiga sesi, tapi keadaan itu tak disengajakan atas urusan rasmi.

Pengalaman ke kursus ini memberi banyak faedah terutamanya dapat menimba ilmu pengetahuan dan mengenali antara satu sama lain. UMS ni besar, tak boleh nak kenal semua sekali. ^^ Dengan kursus ini, ia amat membantu saya untuk berkenalan dengan ramai staf.

Acara kemuncak kursus adalah team building. Tapi yang paling best bagi saya adalah sesi night trail iaitu bergerak beramai-ramai masuk ke dalam hutan pada waktu malam. Saya antara peserta yang berbaris di penghujung, jadi cam best jugalah. (Biasanya yang hujung-hujung ni mesti perangai gila-gila).

Lepas night trail, ada acara penutupan. Yang bestnya kena tidur dalam khemah di pantai ODEC. Pheew! Berkeringat juga sebab angin tak da sangat malam tu. Tapi kami dah sediakan back up, iaitu talkum Dettol Menthol yang sangat membantu menyejukkan badan.

Last day pada hari Ahad, disudahi dengan senaman di tepi pantai dan sesi salam menyalam antara peserta kursus. ^^ Ingat balik rumah nak tidur... rupa-rupanya terus kemas rumah, memasak, cuci keta dan lain-lain. Hehehe...

Program dekat seminggu ni banyak memberikan pengalaman baharu kepada saya dan rakan-rakan yang lain.

Tahniah!!

Ready for camping!

ODEC waktu awal pagi

Camping? -_-

Khai, Dewi and I

Rabu, 13 Mei 2015

Happy Birthday Prof!

Tiap tahun memang tak akan miss untuk sambut birthday Prof. 

Walaupun pada kali ni sambut memang cut bajet habis-habisan dan ramai yang tak ada kat office, kami tetap akan menyambut birthday Prof juga. Sebenarnya... saya, Herman dan Khai pun ada kursus yang perlu dihadiri. Oleh kerana ini adalah hari yang paling istimewa buat Prof dan tak tau lepas ni dapat tak lagi sambut sama-sama atau tak... kami pun naik ke office sebentar. 10 minit pun cukuplah. Hanya untuk sambut majlis yang ringkas tapi bermakna ini bersama-sama. ^^

Kek pada kali ini adalah Mango Delight dari Secret Recipe. Sedapnya kek ni!

Tak nak cerita panjang. Yang penting, Happy Birthday to you Prof! Stay cool!


P/S - Birthday party disambut sehari awal dari 13 Mei sebab kalau tak... Prof amik cuti. 

Selasa, 12 Mei 2015

Resepi Teppanyaki

Teppanyaki sedap dimakan ketika masih panas.

Hari tu teringin nak makan teppanyaki. Check punya check resepi di Internet, akhirnya jumpa juga.

Bahan-bahan:
  • Sayur kubis
  • Lobak
  • Cendawan Shitake
  • Hirisan daging lembu
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula pasir
  • Seasoning
  • Kicap cair
  • Serbuk lada hitam
  • Bawang putih
  • Minyak masak

Cara-caranya:

  • Hiris sayur kubis, lobak dan cendawan.
  • Masukkan sedikit minyak. Panaskan dan goreng bawang putih yang telah dicincang.
  • Apabila bawang kekuningan, angkat bawang tersebut.
  • Masukkan hirisan daging lembu. Campurkan sedikit kicap cair dan lada hitam. Masak lebih kurang 5 minit. (Di rumah saya tak ada kicap cair. Oleh itu, saya cairkan kicap masin dengan mencampurkan sedikit air).
  • Apabila daging telah masak, angkat. 
  • Tuang sedikit minyak masak. Dan masukkan sayur kubis, lobak dan cendawan Shitake. Campur sedikit kicap cair, garam, gula, seasoning serta serbuk lada hitam.
  • Apabila sayur telah layu, masukkan daging dan bawang tadi dan gaulkan bersama.
  • Padamkan api, sedia diangkat dan dihidangkan.


* P/S - Selain daging, boleh juga menggunakan isi ikan atau ayam. :-)

Isnin, 11 Mei 2015

Rawatan untuk Ekzema

Ekzema a.k.a dermatitis adalah kondisi kulit yang kering dan gatal, biasanya terjadi kepada bayi. Sakit ini menyerang di semua area tubuh badan, terutamanya muka.

Anak buah saya pernah menghidap sakit ini. Keadaannya begitu teruk sehingga rumah perlu sentiasa dipasang penghawa dingin untuk mengelakkan panas dan berpeluh. Bukan sahaja bil elektrik melambung tinggi, malah merisaukan keadaan seluruh ahli keluarga.

Dah try bawa ke pakar sebanyak tiga kali, tetapi keadaanya makin bertambah teruk. Kos pula begitu mahal sehingga mencecah ribuan ringgit. 

Kawan kepada kakak ipar saya recommend satu produk yang dapat merawat ekzema dengan cepat. Nama produk itu ialah TCM Recipe, ubat herba traditional yang boleh merawat sakit kulit. Salah satunya ialah ekzema. 

Harga ubat ini ialah RM367 (30g) dan RM197 (15g). Cukup berbaloi dengan kesan pemulihan yang begitu cepat! Setelah dua hari menggunakan TCM Recipe, kudis menjadi kering dan luka semakin menghilang.

TCM Recipe ini hanya dikeluarkan sebanyak 660 unit setiap bulan kerana ia adalah produk handmade. Syarikat juga hanya akan menerima tempahan sebanyak 22 unit dalam sehari. 

Ini adalah keadaan anak buah saya:

Gambar kiri : Keadaan ekzema yang amat teruk. Bukan sahaja di muka malah seluruh badan
Gambar kanan : Seminggu selepas menggunakan TCM Recipe

Lazy Sunday

Tak la lazy sangat sebenarnya. Sabtu dan Ahad adalah masa untuk membuat kerja rumah. Hari-hari biasa pun macam tu juga cuma weekend kena ada extra effort. Yosh!! Basuh kain... cek! Mandikan Shing-Shing.... cek! Siram bunga.... cek! Repair tali ampaian... cek! etc etc etc.

Seperti biasa akan bangun awal. Set nak masak apa dan akhirnya menu pilihan adalah ayam sup dengan buah kundur, ketam lembut goreng dan teppanyaki. :-) Pergi beli mana-mana barang yang tak ada tu kat supermarket. Actually hajat nak beli pagar taman mini dan sos ikan bawal sahaja, tapi dah terbeli benda-benda lain. Perempuan dan shopping tak dapat dipisahkan.

Selain itu, beli bahan untuk buat moist chocolate cake. Ntah bila nak buat. -_- Bertekad nak buat minggu ni sebenarnya. Tapi.... haiissshhh.... tengok keadaan.

Okay. Saya ada amik beberapa gambar masakan saya hari ini:

Sup ayam dengan kundur. Masak tanpa minyak. Sup direneh lama untuk rasa yang lebih. Kundur membantu menyejukkan badan.

Ketam lembut goreng. Kalau nak beli ketam lembut, boleh cari di Tanjung Aru dekat Aeropod. Sana ada kedai frozen kan. Boleh beli kat sana. Harga RM38 untuk 500gram.

Teppanyaki. Next page saya kongsi resepi bagaimana nak masak teppanyaki. Campuran teppanyaki saya untuk hari ini adalah daging hiris, cendawan shitake, kubis dan lobak.

Shing -Shing tengah main bunga. Port kegemaran dia untuk lepak.

Start minggu depan dan depannya lagi, Sabtu Ahad kena kerja. Jadi tak boleh luangkan masa banyak di rumah. Lepas tu la kot. 

Ahad, 10 Mei 2015

Beautiful Maliau Basin

Fikiran masih melekat di Maliau Basin kerana tempat tu sangat indah. Syukur akhirnya merasa juga masuk ke Maliau Basin ^^....

Semasa di sana, ada jugalah saya capture beberapa keping gambar yang okay. Saya kongsikan kepada pembaca sekalian.

'









Sabtu, 9 Mei 2015

Bad Behaviour : Diktator

Only criminals and bloodsuckers reward bad behaviour. -Ted Nugents -
-
-
-
-
-
-
Pheww!! Baru selesai dinner dengan delegasi wakil Tan Sri. Berapa banyak dinner dalam sebulan saya kena urus dan attend pun tak kira dah...  -_- However... this new place is awesome and those hybrid Groupers.... thumbs up banyak-banyak.


Oh ya! Kenapa tiba-tiba ada quote dari Ted Nugents? Kerana something happen hari ni -_- maiiiihhhh.... Itulah.... dah lenyap dari zon, tiba-tiba datang balik dan mungkin orangnya terasa diri like a boss. Inilah ni!
-
-
-
-
-
Actually saja buat gempak. Sebenarnya nak cerita kekangan yang harus ditempuhi dalam mengatur segala urusan particularly yang melibatkan protokol. The best tips... sentiasa tunjukkan sikap positif, buat dengan teliti tetapi cepat, ada pembahagian tugas dan please don't be a DIKTATOR.


Haiyoooo.... very bad situation kalau terjumpa orang begini. Benda yang senang pun jadi susah. Yalah. Kita dah biasa buat kerja protokol. So just count on us la kan?. :-) Phew! Kena banyak bersabar.

Tapi kan, yang bestnya bila dah selesai tugas.... semua ketensionan terpadam begitu saja. Puff! Hilang.

That is the nature of work. Cam gini : __________ - -_ - _--- __-_______ erk, boleh faham ke?

Okay, good night! | 1.00AM

Jumaat, 8 Mei 2015

Must Buy : Buku Masyarakat Kepulauan Pesisir Sabah

Hobi membaca buku tidak dapat dipisahkan. Baru-baru ini membeli beberapa buah buku dari Penerbit UMS, hasil tulisan para pensyarah UMS. Buku yang saya beli tu ada tiga iaitu "Buli di Tempat Kerja", "Kehidupan Beragama Masyarakat KadazanDusun" dan "Masyarakat Kepulauan Pesisir Sabah.

Harga buku ini adalah RM85, all color dan boleh dibeli di Penerbit UMS di Bangunan Perpustakaan, Universiti Malaysia Sabah.

Apa yang best pasal buku ni, banyak maklumat yang boleh diperolehi menerusi kepercayaan dan adat masyarakat kepulauan pesisir Sabah, contohnya bangsa Bajau. Yang saya excited sekali nak tahu adalah berkenaan balan-balan atau dikenali dengan nama lain iaitu balbalan. Ilmu ini amat terkenal di kalangan masyarakat termasuk negara jiran seperti di Filipina, walaupun nama panggilannya yang berbeza. 

Sesetengah orang mungkin tak percaya, tetapi bagi yang dah melalui pengalaman terserempak "benda" ini, tentu ianya takkan dilupakan sama sekali.

Jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh dapatkan buku ini dengan segera. 

Khamis, 7 Mei 2015

My Kit ^^

Taaadaaaaa!!

Nama dia Shing Shing (diambil sempena nama my late Shing Shing a.k.a Kucing). Kadang-kadang saya panggil Shi Shing. Aaahh! Kira aci la tu.

Actually nak cari nama punyalah susah. Lucy, Comel... macam-macamlah. Semua tak kena dan Hafiz pun kata 'no'. Sampai sahaja di rumah, Hafiz tanya lagi nama arnab ni. Keluar dari kepala otak dan secara spontan saya jawab, Shing-Shing. Dan Hafiz terus setuju. ^^ Okay!

Huh! Memang nak pelihara arnab. Walaupun kucing is my favorite, bunny also my favorite la. Kenapa saya suka arnab? Bulu gebu dan tak banyak tanggal, bijak, tak bising, manja dan maintenance juga tak tinggi. 

Shing-Shing baru berumur dua bulan. Beberapa hari ni saya latih Shing-Shing beberapa perkara. Satu... belajar panggil nama supaya dia datang ke tempat saya, dua... melompat di tempat yang lebih tinggi contohnya dari anak tangga, tiga.... belajar turun anak tangga. Baru beberapa kali ajar dah pandai dah :-) 

Apa yang best tentang arnab? Suka tengok arnab bermain. Kalau mereka dah super excited, pandai sprint dengan kelajuan mendadak. Pandai melompat tinggi dan berdiri dengan dua kaki. Kalau urut dahi dan belakang telinga, terus duduk diam rasa cam best. Tapi awas, once tengok mereka tengah hayal sebentar, cuba tengok lepas tu ada tak bahan buangan yang ditinggalkan. Adedei...

P/S - Anjing amat sensitif dengan bau arnab. Beware!


Taaadaaa! Ini adalah Shing-Shing, baka New Zealand.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Masa ni nak pergi beli arnab. Cari-cari... lastly jumpa kedai pet yang jual arnab. Nanti nak tambah satu lagi untuk teman Shing-Shing.

P/S - Keadaan muka saya yang terbaharu (4 Mei 2015). Syukur alhamdulillah... dah bertambah okay dan kurang jerawat. Gambar no edit. Hehe XD

Selasa, 5 Mei 2015

Destinasi : Ladang Datuk Yap Yun Fook, Keningau

Setelah melihat keindahan Maliau Basin yang tak pernah rasa kepuasannya, kami menuju ke next destination... iaitu Keningau. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk melawat ladang Datuk Yap Yun Fook, usahawan Malaysia yang berjaya, selain mengadakan beberapa mesyuarat lain.

Di ladang yang teramat luas ini, kami dapat melihat lembu-lembu ternakan, pokok nanas yang banyak berbuah serta pemandangan yang begitu cantik sekali. Pada pendapat saya, Datuk Yap merupakan seorang yang amat rajin, gigih berusaha dan tidak takut untuk menghadapi risiko, itulah yang menjadikan beliau seorang usahawan yang berjaya.

Lembu ternakan yang sedang diperah susu. Lembu-lembu ini seolah-olah dah tahu bila turn mereka nak kena perah susu. Lepas yang dah selesai keluar baris, next lembu dengan sendirinya berbaris ke dalam tempat yang disediakan. Wuh!

Me and Khai. Kami di served susu lembu fresh. Weewit!

Tempat yang sangat luas dan kebersihan sentiasa dijaga

Anak lembu berusia beberapa hari

Datuk Yap dengan nanas beliau. Nampak isi masih putih dan tak berapa masak, tetapi rasanya teramatlah enak dan manis!

Buah mata kucing yang ditanam di tepi rumah Datuk. Marvelous!

Pokok bunga orkid

Pemandangan yang indah di ladang Datuk

Semua bahan mentah untuk makan malam ini diambil dari hasil kepunyaan Datuk Yap sendiri. Sup daging rusa memang best (disembelih halal ya ^^) 

Keesokan harinya sebelum bertolak balik ke Kota Kinabalu, sempat try jalan zero graviti di Keningau yang terletak di Kilometer 11, Keningau. Driver lepaskan break dan kereta naik bukit pula. Hasil bacaan dari Internet, ianya hanyalah ilusi optik dimana bukit sebenarnya sedang menurun tetapi kita nampak macam menaik pula. Hrrrmmm....

Malam tu selepas sampai ke Kota Kinabalu, terus adakan dinner dan perbincangan tentang hasil lawatan serta beberapa perkara penting yang lain.

The end (24 - 28 April 2015)