Selasa, 7 April 2015

Pengalaman Pergi Biro Tatanegara

Nah! Masa Good Friday (3 April 2015) tu juga kena pergi BTN sampailah 5 April.... Fuh! Mula-mula tu berat hati betul nak pergi sebab hari cuti lagi kan.... dah la kerja tak ada rest. Sabtu Ahad pun ada saja aktiviti. Macam-macam la hal negatif. Itu la ini la.....

Tapi pengalaman selama tiga hari tu benar-benar menyedarkan saya tentang perlunya semangat cintakan tanah air kita, Malaysia. Modul dalam kursus BTN tak lagi macam dulu. Sekarang dinamakan Kursus Transformasi Negara. Dalam kursus ini bukan sahaja mengajar para peserta untuk tentang pentingnya menjaga keamanan negara, malah dapat memupuk semangat setia kawan dan saling bekerjasama antara satu sama lain.

Dalam kursus ni juga dapat merapatkan silaturahim antara pegawai lain. Mana-mana yang saya tak rapat pun kini dah semakin rapat. Seronok. Ada aktiviti kembara ilmu, tazkirah agama setelah selesai solat Maghrib dan Subuh serta aktiviti dalam kumpulan. Pemandangan di kem ini juga sangat cantik! Dan lagi satu, saya dipilih menjadi Penghuluwati. Huhuhu. (Actually cadang nak beri peluanh jawatan tu kepada orang lain supaya dapat menunjukkan skill masing-masing).

Termasuk BTN, dah empat kali saya hadiri program seperti ini. Bermula dengan PLKN (2005), Finishing School (2010), Team Building di Outward Bound Kinarut (2012) dan BTN (2015). Sedikit sebanyak saya dah ada panduan awal berkenaan cara program ini dikendalikan.

Kepada sesiapa yang kena pilih ikut BTN, jangan merungut kerana kursus ini sangat bermanfaat, seronok dan mencabar.

Sekian, terima kasih.

Pemandangan di Kem BTN

Sayur kubis!

Tempat tido. Kena katil atas. Teringat terus zaman belajar dulu.

Masa makan bersama rakan-rakan

Pemandangan selepas Subuh

Malam sebelum terjadinya Blood Moon Eclipse yang berlaku pada 4 April

Kabus!

Masa BTN dah habis

2 ulasan:

  1. Wahhh.. cantiknya tempat ni.. saya pernah jugak join team building, tapi di Port Dickson :) memang pengalaman yang tak dapat dilupakan.. jemput baca entry saya..

    http://miaqaisarah.com/2015/04/21/team-building-supermom-di-port-dickson-day-2-of-2/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah tengok juga. Meriahnya team building tempat kamu. ^^ Bestnya

      Padam

Terima kasih!