Khamis, 30 April 2015

Cerita Pasal Bisnes

Dah jam 1 pagi tapi mata tak ngantuk lagi. Terbiasa tidur lewat beberapa hari ni kot....

Yeah! Finally dah boleh berehat dan saya dengan sukahatinya mengambil cuti sehari sebab nak recover balik energy yang dah dibuang (yakah?). ^_^ What a very wonderful trip. Next page saya cerita satu persatu pasal perjalanan kami. Rindu pula dengan trip tu. Seronok sangat!

So lepas ni ingat nak bela haiwan di rumah. Nak cuba bela binatang yang boleh mendatangkan hasil tapi still cute. HeHe. Itu plan pertama. Plan kedua, stray cat. Sebenarnya tadi pagi nampak kitten yang gila comel dengan ekor yang kontot masa di pasar. Tapi saya syak kucing tu kepunyaan orang pasar. Jadi tak jadi amiklah. Cari yang lain. I know Hafiz mesti marah punyalah sebab Hafiz tak bagi saya bela kucing. Katanya saya alahan dan susah nak jaga. Apa-apapun, stray cat perlu diberi perhatian. :-) Pelan seterusnya.... errrr.... tentulah hasil tanaman yang berjaya. Masih dalam proses lagi. Labu dah naik, kailan pun dah naik. Cuma nak beli polybag dan tanah hitam untuk additional pokok. Sekarang dah mula tanam pokok bunga matahari dan harapan saya, pokok-pokok ini membesar dengan jayanya. ^^♡

Hidup makan gaji takkan jadi kaya. Tapi sebagai manusia yang sederhana, kita patut bersyukur dengan rezeki yang ada. Jika nak kaya, jadilah usahawan. Tapi saya tak sampai ke tahap itu lagi. Kebanyakannya saya jadikan sebagai hobi. Ya.... saya ada buat bisnes. Part time bisnes sahaja. Itupun suka-suka punya kerja.

♡♡♡ Goodnight :-)

Kucing jiran sebelah yang manja dan tiba-tiba masuk bermain dalam rumah. Bagi makan teruslah

Rabu, 22 April 2015

Hope Hope Hope

Hati berkecai sebab tak jadi join ke.... (rujuk gambar di bawah)....

source Wikipedia

.... kerana faktor-faktor tertentu yang tak dapat dielakkan. Anggap sahajalah tak ada rezeki. Dulu pun pernah juga jadi macam ni. Tahun 2007. Bayangkan esok dah nak terbang, tiba-tiba Bukit Aman call daddy dan kata cuti kena tarik balik disebabkan berlakunya demonstrasi Hindraf. Takut Sabah pun ada buat demonstrasi juga. Uhuhuhu....... gila tak sedih masa tu?! Tak apa la..... tak apa.... T_T Huuuuu..... tak bestnya. Sampai sekarang rasa tak best.

By the way.... still hoping for another miracle. Chheewwaah! Mudah-mudahan la jadi ke....

 Source Wikipedia (In Shaa Allah pada bulan Mei)

Source Wikipedia (In Shaa Allah pada bulan September)

Tapi kalau tak jadi pun.... tak apalah.... Tak ada rezeki. Tahun depan boleh cuba lagi. HeHeHe...

Apa-apa pun yang pastinya.... saya akan ke....



Dan beberapa tempat lagi.^^

Tiba-Tiba Teringat

Ok. Dah nak balik ke Sabah. Awal pagi dah gerak sebab nak kejar tugasan di office petang ni. What a very short trip.... duh! Sakit tengkuk.

Erkkk.... suddenly teringat. Bukan teringat macamana nak buat Instagram ramai orang like.

Gila kuasa. Pernah tak tengok ceta filem yang mengisahkan orang gila kuasa? Habis semua rakyat disingkirkan, diseksa dan lebih-lebih lagi jika si gila kuasa tu adalah seorang perempuan? Tentu lebih dramatik. Ambil sahajalah cerita Snow White. Mak tirinya jahatkan? Kan? Ya. Tentu sahaja muncul golongan seperti ini di mana-mana pun.

Haissshhh.... kalau dilihat dalam kehidupan seharian, ada kalanya membuatkan diri kecewa.

Jika bekerja... bekerjalah dengan bersungguh-sungguh. Janganlah asyik escape. Tak kesiankah kawan kerja penat, yang satu lagi dok menghilang ntah ke mana. Lebih-lebih lagi, ada yang langsung tak nak beri kerjasama. Alasan... errr.... family first. Jadi kawan-kawan lain ni tak ada family la ya? Kalau tegur depan mata, terasa pula. Tapi bagi sedikit pengajaran, rasanya okay kot.

Saya masih ingat lagi kata-kata mantan Dekan dulu. 'Jangan tunggu kerja. Carilah kerja'. Maksudnya be pro-active. Buat apalah gaji diberi mahal, tapi kerja yang dibuat tak setimpal? Kerja itu amanah. Jadi jangan sia-siakan. Berbaktilah selagi masih ada tenaga. Apa akan jadi kalau semua manusia MALAS? Tak ada apa-apa kot? Renung-renungkan...

Diri ini tidak langsung ingin mengejar pangkat atau anugerah. Cukuplah bekerja demi organisasi. Melaksanakan ibadah Allah S.W.T.

Hargai masa.

Sedikit koleksi foto...
KLCC. Setiap kali pergi KL, inilah pemandangan yang pasti akan dilihat

Beautiful UMS dari atas

Pulau yang cantik

Isnin, 20 April 2015

Cara Mudah Menghilangkan Getah Pisang / Nangka di Tangan

Kalau cuci tangan yang terkena getah pisang / nangka muda susah nak tanggal. Malah sehingga melekat di pisau pemotong, kain pengelap tangan ataupun kuali.

Cara paling senang untuk menghilangkan kesan degil ialah dengan hanya menggunakan minyak masak.

Caranya mudah sahaja. 
  • Sapukan minyak masak (minyak yang dah guna pun boleh supaya tak membazir) ke tapak tangan atau bahagian yang terkena getah. 
  • Gosokkan sehingga bersih.
  • Cuci tangan menggunakan sabun seperti sedia kala. 


Nangka muda
source

Pisang muda
source

Khamis, 16 April 2015

Ocean 7 Art Gallery - Oceanus Waterfront Mall, Kota Kinabalu

Sesiapa yang belum berkunjung ke Ocean 7 Art Gallery, jom pergi beramai-ramai. Jangan lupa untuk masuk ke Ocean 7 Interactive 3D Art Gallery yang terletak di Aras 2 shopping Mall ini. Yuran masuk seperti berikut:

Dewasa : RM28
Kanak-kanak dibawah 12 tahun : RM18
Kanak-kanak dibawah 3 tahun : Percuma

Sempena majlis perasmian Art Inspiration Exhibition anjuran Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Persatuan Pelukis Sabah dan Ocean 7 Art Gallery pada 16 April 2015, kami juga mengambil kesempatan untuk masuk ke galeri 3D ini. 

Macam-macam aksi yang boleh dibuat. Ada banyak pilihan gambar yang best dan nampak real. 

Jangan lepaskan peluang ini! Jom beramai-ramai datang ke galeri 3D Oceanus! 

For more info, log on to Oceanus Waterfront Mall, Kota Kinabalu

Khai with Miss Marilyn Monroe

Pancing ketam besar

Naik tangga

Saya ada sayap ^^


Hahahaha XD

After habis event

Temuramah oleh RTM semasa majlis pelancaran Art Inspiration Exhibition

Selasa, 14 April 2015

All Green ♡

Sejak kebelakangan ni hobi bercucuk tanam makin menjadi-jadi. Bukan setakat itu, hobi ni dah berjangkit kepada rakan sepejabat saya, mum dan adik saya. Mungkin kerana tekanan GST yang memaksa orang awam berjimat cermat, ataupun dek kerana harga sayuran yang semakin mahal.

Apa-apa pun, kailan... labu... dan serai berjaya tumbuh dengan baik. Baru-baru ni ada beli benih bunga matahari dan bunga... errr.... tak ingat apa namanya tapi bunga tu warna purple macam lavender (bukan lavender!). Pokok-pokok yang lain pun saya cantas supaya tumbuh suli baharu. Saya juga menanam bunga ros. Kalau menjadi ingat nak tanam beberapa jenis bunga ros lain lagi. Kebanyakan tanaman saya ditanam di dalam pasu untuk kerja pertanian yang lebih senang. Memandangkan belakang rumah tak luas bebenar... penanaman dalam pasu boleh menjadi alternatif untuk menghijaukan persekitaran rumah. 

Nampaknya warna hijau tetap menjadi pilihan saya :-)

Dieffenbachia atau Daun Bahagia. Ya! Tanaman ini cantik tetapi beracun. Jika termakan daun akan menyebabkan radang dan diarrhea manakala dalam amount yang banyak boleh menyebabkan kesesakan nafas dan kematian.  


Sayur kailan sedang membesar :-)

Labu juga sedang membesar. Apabila tanaman telah mula menjalar, saya akan pindahkan labu ini ke belakang rumah

Serai yang ditanam dalam pasu. Ada tempat yang menjual serai dengan harga RM2 seikat. Kadang-kadang tak puas hati sebab serai nampak layu (dan mahal). Lebih baik tanam sendiri. Boleh jimat kos.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Oh ya! Ini adalah homemade ice-cream yang saya buat. Tak manis sangat. Thanks to Urban Cook Kompas kerana saya banyak belajar resepi yang mudah tetapi sedap dan berkhasiat.

Ini anak kucing saya masa bawa ke veterinar kerana dijangkiti kutu + ulser di lidah. (Muka panik)

Ahad, 12 April 2015

Gerai No.13 Sempena Karnival Jom Masuk U, Zon 9, Kota Kinabalu

Dengan harapan tinggi kakitangan Canselori ke luar negara, maka dengan ini kami pun membuka gerai No. 13 sempena Karnival Jom Masuk U yang bertempat di Padang Kawad UMS pada 11-12 April 2015.

Panas terik tak menghalang kami untuk terus berniaga kerana kami tetap akan berteduh di bawah kem. Hehehe.... kali ni ni berjual minuman dan buah-buahan. Secara peribadi, ini bukan kali pertama saya berniaga. Sebelum ni dah pernah buat dah masa saya bertugas di Sekolah Perubatan dulu. Berniaga ni seronok. Dan lagi seronok kalau ramai pelanggan.

Gerai Canselori buka selama dua hari sepanjang karnival ini. Di acara perasmian penutupan pada 11 April 2015, ramai orang berpusu-pusu untuk melihat booth pendidikan yang telah disediakan. Dalam booth tersebut juga ada pelbagai gift disediakan khas untuk anda! ^^

Jom beramai-ramai menjayakan Karnival Jom Masuk U!





a.k.a Tauke 

Perasmian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) di Royale Chulan : My Prespective

Akhirnya Blueprint PPPM (PT) telahpun dirasmikan pada 7 April 2015 yang lalu, bertempat di The Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Ini salah satu tujuan kami ke Kuala Lumpur bersama disamping mempunyai dua mesyuarat pada tarikh sebelumnya.

Syukur alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan dapat dijayakan. Pelbagai inisiatif yang telah diwujudkan dalam PPPM (PT). Antara isi kandungan penting pelan pembangunan ini ialah 10 lonjakan utama yang akan menjadi sumber rujukan universiti dan lain-lain pusat ilmu di Malaysia termasuk kolej dan politeknik. Dalam memperkasakan blueprint ini, UMS dengan tindakan pro-aktif telah memulakan perbincangan awal berkenaan pelan strategik dan pelaksanaan demi mencapai kecemerlangan universiti. 

Saya juga sempat bertemu dengan kawan saya masa sekolah memengah dulu. Namanya Shahrul dan bertugas sebagai polis bantuan di Dang Wangi. Tak sangka saya akan bertemu dengan kawan saya ni. Jarak 11 tahun tu agak lama juga. Tak sangka kenal lagi dengan rupa saya. ^^ Fuh! Happy.

Our prime minister and deputy prime minister

Holy crowded!

Jumaat, 10 April 2015

Happy Birthday Bos!

Happy birthday to our ex boss! Celebrate di Tony Roma's, Pavillion, Kuala Lumpur. Oh yeaaaahhh! Kali ni makan Western food. Yang hadir di birthday bash termasuk my colleagues dan Prof. Keseronokan ditambah lagi dengan pemberian hadiah berbentuk sarung beg golf....oleh Prof. (Kami tukang tepuk tangan saja. Hahaha).

Setelah puas makan, terus direct tengok wayang Fast & Furious. Aiyoooo ramainya orang. Gold Class pun selling fast. D-Box penuh! Yang kelas biasa saja ada okay sikit. Dan kami pun dengan selambanya pilih tiket paling murah. HeHeHe.

Wayang best tapi dah nak last tu saya ngantuk gila. Kejap bangun, kejap lelap. Kejap bangun balik. Haissshh!! Mungkin wayang terlalu lama kot.... Dah habis tengok, wayang tu masih terngiang-ngiang di kepala masing-masing. Prof kata kalau dia kurus, boleh jadi macam Van Diesel. Tapi memandangkan perut tu ada one pack saja, jadi Bas Diesel la. Hahaha.

Okay! Happy birthday again!

Pemandangan dari Concorde KL

Saya order salmon


Mereka order lamb ribs

HB!

Rabu, 8 April 2015

Ohhh... I Miss You Dear Sunset

Sunset is still my favorite color and rainbow is second - Mattie Stepanek-

Rindu dengan pemandangan ini. ♡

Selagi dunia ini masih wujud, ambillah sedikit masa untuk melihat betapa indahnya matahari terbenam. Tiada siapa yang akan berkata tidak suka. :-)

Lokasi ODEC, UMS.


Selasa, 7 April 2015

Pengalaman Pergi Biro Tatanegara

Nah! Masa Good Friday (3 April 2015) tu juga kena pergi BTN sampailah 5 April.... Fuh! Mula-mula tu berat hati betul nak pergi sebab hari cuti lagi kan.... dah la kerja tak ada rest. Sabtu Ahad pun ada saja aktiviti. Macam-macam la hal negatif. Itu la ini la.....

Tapi pengalaman selama tiga hari tu benar-benar menyedarkan saya tentang perlunya semangat cintakan tanah air kita, Malaysia. Modul dalam kursus BTN tak lagi macam dulu. Sekarang dinamakan Kursus Transformasi Negara. Dalam kursus ini bukan sahaja mengajar para peserta untuk tentang pentingnya menjaga keamanan negara, malah dapat memupuk semangat setia kawan dan saling bekerjasama antara satu sama lain.

Dalam kursus ni juga dapat merapatkan silaturahim antara pegawai lain. Mana-mana yang saya tak rapat pun kini dah semakin rapat. Seronok. Ada aktiviti kembara ilmu, tazkirah agama setelah selesai solat Maghrib dan Subuh serta aktiviti dalam kumpulan. Pemandangan di kem ini juga sangat cantik! Dan lagi satu, saya dipilih menjadi Penghuluwati. Huhuhu. (Actually cadang nak beri peluanh jawatan tu kepada orang lain supaya dapat menunjukkan skill masing-masing).

Termasuk BTN, dah empat kali saya hadiri program seperti ini. Bermula dengan PLKN (2005), Finishing School (2010), Team Building di Outward Bound Kinarut (2012) dan BTN (2015). Sedikit sebanyak saya dah ada panduan awal berkenaan cara program ini dikendalikan.

Kepada sesiapa yang kena pilih ikut BTN, jangan merungut kerana kursus ini sangat bermanfaat, seronok dan mencabar.

Sekian, terima kasih.

Pemandangan di Kem BTN

Sayur kubis!

Tempat tido. Kena katil atas. Teringat terus zaman belajar dulu.

Masa makan bersama rakan-rakan

Pemandangan selepas Subuh

Malam sebelum terjadinya Blood Moon Eclipse yang berlaku pada 4 April

Kabus!

Masa BTN dah habis

Rabu, 1 April 2015

Home Made Cookies - Biskut Batang Buruk by Little Fantagora

Kepada rakan-rakan yang tinggal sekitar Kota Kinabalu (atau yang bekerja di UMS), kalau nak tempah biskut batang buruk yang sedap, boleh tempah dengan si comel Little Fantagora di nombor telefon 016-835 9677 atau Facebook di link ini. 

Satu bekas dijual dengan harga RM5 sahaja. Biskut rangup dan tak manis sangat. ^^ Sekali rasa memang akan terus amik satu lagi... then satu lagi... then satu lagi...! 

Jom try!