Ahad, 8 Mac 2015

Street Art di Kota Kinabalu

Selain Pulau Pinang, di Kota Kinabalu, Sabah pun ada street art juga. Tak diketahui siapa pelukisnya, graffiti ni wujud dengan banyaknya dari tahun ke tahun bermula pada 2010.

Pada mulanya bangunan ini merupakan sebuah walfare building dan terbakar sekitar tahun 1992. Sejak dari itu iainya ditinggalkan begitu sahaja. Saya ingat lagi dulu tak ada lukisan tu semua. Paling-paling pun orang conteng dinding saja. Dah lama tu, banyak pula graffiti yang awesome wujud di sana!.

Bangunan ini terletak di tengah bandaraya Kota Kinabalu, berhadapan dengan Suria Sabah. Sejak dah banyak lukisan yang dilukis di dinding bangunan ni, sejak tu la makin ramai pelancong mengabadikan kenangan mereka kat sini. Termasuklah saya. ^^ Tak kira pelancong asing, rakyat tempatan mahupun pre wedding photoshoot, kebanyakan dari mereka akan singgah ke tinggalan bangunan bersejarah ini.

Sebenarnya kebetulan saya nak ke Tong Hing supermarket kat seberang bangunan ni, tiba-tiba rasa nak amik gambar pula lepas tu.

Sesiapa yang berkunjung ke Kota Kinabalu, jangan lupa singgah untuk tengok street art ni!




All Seeing Eye?

Source: MySabah.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!