Ahad, 8 Mac 2015

Sebamed Deodorant untuk Kulit Sensitif

Kepada anda yang mempunyai kulit sensitif kalau menggunakan deodorant... kini tak perlu risau lagi.
Dengan adanya deodorant Sebamed, semuanya okay!

Kulit saya sensitif dan tak boleh menggunakan sebarang produk, termasuk deodorant. Kerana sebamed adalah produk  yang saya akui dan boleh dipercayai, saya pun menggunakannya.

Dulu pernah salah guna deodorant.... aiyo.... bukan sahaja gatal tapi kulit jadi luka. Ruam pun timbul. Sakit oh! Nak baik balik bukan sekejap. Lebih-lebih lagi, ada deodorant yang bila kita guna, baju pun boleh jadi rapuh. Ya! Tak tipu!

Deodorant Sebamed boleh didapati di mana-mana supermarket atau farmasi seperti Guardian, Watsons dan Cosway dengan harga RM18+. Ada dua jenis bentuk dijual iaitu dalam bentuk roll-on atau spray (untuk spray harga mahal sikit, RM20+).

Antara tips untuk menggunakan deodorant yang sesuai kepada kulit sensitif ialah:

  1. Gunakan deodorant yang tidak mengandungi alkohol.
  2. Jika terasa gatal selepas menggunakan deodorant tu, terus stop kerana mungkin tak sesuai kepada kulit kita.
  3. Jangan guna deodorant ketika kulit terluka
  4. Biarkan deodorant kering sebelum memakai baju

Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!