Khamis, 12 Mac 2015

Riadah di Waktu Petang : Canselori to ODEC

Sekarang semakin ramai orang yang mempunyai gaya hidup sihat. Antara aktiviti yang baik untuk kesihatan adalah beriadah bersama rakan-rakan. Sihat dari segi mental dan fizikal.

Sebenarnya aktiviti berjalan kaki dari bangunan Canselori ke ODEC ni dah lama kami buat, cuma on off saja. Kali ni nak aktifkan kembali kegiatan ini. Bermula dari dua orang iaitu saya dan Hazwani, sekarang dah bertambah ke empat dan seterusnya enam orang. More to come soon! Yeaahhaa! Yang paling best, Prof pun ikut sekali juga.

Aktiviti ni senang saja. Tak perlu nak tukar baju. Lepas kerja, tukar kasut kepada selipar... lepas tu jalan. Memang sempoi. Tak kisah orang nak kata apa. Yang penting jalan kaki ke pantai ODEC, boleh tengok sunset yang sangat indah. Aktiviti ini juga bagus untuk kesihatan ^^ Bukan sahaja senang dilakukan, malah sambil berjalan sambil dapat menikmati pemandangan yang indah.

Lepas riadah, balik rumah, makan, mandi, tidur lena. Esok bangun pun rasa segar.

Kepada yang belum memulakan, jom kita mulakan cara hidup sihat! Ada pelbagai cara dan salah satunya ialah berjalan kaki sambil menikmati pemandangan. ^^

Inilah sunset yang dinanti-nantikan

Yang ni sebelum matahari terbenam

Keadaan selepas Maghrib. Still boleh nampak jalan lagi. 

Puas hati dapat tengok sunset

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!