Ahad, 8 Mac 2015

Resepi Cucur Cempedak

Cucur cempedak sedap dimakan waktu petang atau waktu hujan. Minum dengan minuman panas. Fuh! Memang best.

Bahan-bahan:
  • Beberapa ulas cempedak
  • Tepung gandum
  • Secubit garam
  • Air
  • Minyak masak
  • Secubit serbuk kunyit*
  • Susu cair*

(Mana-mana yang bertanda * tu kalau tak letak pun tak apa)

Cara-caranya:
  • Bancuh tepung gandum, garam dan serbuk kunyit bersama dengan air. Kunyit untuk menjadikan cucur bewarna kuning keemasan apabila digoreng.
  • Kalau nak jadikan cucur lebih empuk dan lemak, tuang sedikit susu cair.
  • Masukkan beberapa ulas cempedak ke dalam tepung yang dibancuh.
  • Goreng hingga menjadi keemasan.

1 ulasan:

  1. Saya baru lepas makan cucur cempedak. Puashati bila masak sendiri.

    Jom lawat blog saya

    www.sihatnatural.blogspot.com

    BalasPadam

Terima kasih!