Rabu, 18 Mac 2015

Perasmian Program Rakan Borneesis : My Perspective

Pada 15hb Mac 2015 yang lalu, Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan telahpun berjaya menganjurkan Majlis Perasmian Penutupan Rakan Borneensis, bertempat di Lembah Ex-Situ UMS. 

Program ini dianjurkan selama tiga hari dan banyak aktiviti yang dijalankan bersama pelajar sekolah.

Majlis perasmian penutupan ini dirasmikan oleh Datuk Jame Alip, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan dihadiri oleh Tun Pengerusi LPU dan Datuk Naib Canselor UMS.

Walaupun keadaan pada waktu tengahari panas terik dan malam pula sejuk, namun ia bukanlah penghalang kepada para peserta untuk menghadiri program ini. 

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!