Isnin, 30 Mac 2015

Musim Kemarau di Sabah 2015

Banyakkan minum air putih kerana musim kemarau masih berpanjangan di Sabah dan W.P Labuan. Kemarau ini disebabkan negeri Sabah berada di penghujung Monsun Timur Laut. (sumber Astro Awani). 

Kesan negatif musim kemarau yang melanda negeri Sabah:

  • Haiwan ternakan dan tanaman mati, landskap hijau menjadi kuning. Cuaca panas ini menyebabkan banyak tanaman rosak akibat kekeringan. Begitu juga rumput yang hijau bertukar menjadi kuning. Apa yang lagi teruk, cuaca yang terlalu panas boleh effect kepada keadaan haiwan ternakan. Ingin dikongsikan di sini, ikan di rumah abah Hafiz pun mati kerana cuaca yang sangat panas. :'-(
  • Hutan terbakar. Tidak dapat dinafikan lagi banyak hutan terbakar. Pemandangan yang lebih jelas dapat dilihat dari permukaan udara. Semasa saya pergi dan balik dari Labuan, saya melihat banyak hutan terbakar! Tidak dapat dikira jumlahnya kerana begitu banyak.
  • Manusia sakit. Pada musim kemarau ini dinasihatkan untuk minum air putih dengan banyak. Dah ramai yang demam, batuk dan selsema semenjak dua menjak ni. Pencemaran udara dan jerebu juga memburukkan lagi keadaan.
  • Air takungan kering. Banyak sungai, tangki dan takungan air lain yang menjadi sumber minuman kepada makhluk dalam dunia ini kering kerana disejat oleh matahari yang panas terik.
  • Efek kepada keadaan manusia. Ada orang bila keadaan panas, emosi pun jadi panas juga (mudah marah). Pakaian pun kena tukar balik-balik dek baju basah kena peluh. Aircond pun sentiasa pasang dan menyebabkan bil elektrik melambung. :-b


Hutan banyak terbakar

Keadaan di kampung. Rumput habis mati :-(

Walau bagaimanapun, banyak juga kesan positif berlakunya kemarau. Contohnya kain kering cepat, siapa-siapa yang nak buat majlis kahwin tak perlu risau hujan turun, boleh cas tenaga elektrik menggunakan tenaga solar dan lain-lain. Setiap kejadian ada hikmahnya. ^^

Sekian dan terima kasih. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!