Isnin, 2 Mac 2015

Kesalahan di Jalan Raya yang Membuatkan Orang Lain Naik Angin

Nak cepat sampai rumah punya pasal... atau nak sangat cepat sampai office, sanggup langgar peraturan jalan raya. Tak endahkan perasaan orang lain. Dan juga tak endahkan keselamatan diri dan pengguna lain. Ada lagi... yang bawa kereta punya laju sampai orang di depan dia pun, dia nak sondol. 

Antara kesalahan yang biasa dilihat (dan membuatkan orang lain naik angin) ialah:

  1. Memotong dari kiri. Inilah perkara yang paling buat kita meluat. Situasinya tengah traffic jam. Lepas tu dia sedap saja potong line kiri then signal nak masuk balik line terutama di lampu isyarat. Alasan nak balik cepat. Bagaimana pula dengan orang lain? Tak fikir kah yang mereka juga ingin balik cepat tapi masih mampu mengikut peraturan.
  2. Buat dua line ketika u-turn. Hah! Ini biasa terjadi ketika kereta yang nak buat u-turn berbaris panjang. Then dengan sukahati dia pergi buat satu lagi line sebelah kiri untuk u-turn. Dah la menghalang pandangan, buat line secara illegal pula.
  3. Slow di lorong kanan. Ni pun satu. Kalau tau bawa tak laju (bawah 80KM/jam).... sila amik line sebelah kiri kerana line sebelah kanan hanya untuk orang yang memandu laju. Kita semua dah dimaklumkan benda ni dari banyak sumber termasuk Internet, suara ramai dan kelas memandu. Harap faham.
  4. Tiada signal. Belajarlah menggunakan signal kalau nak memotong ke.... masuk line ke.... Barulah namanya pemandu berhemah. Bayangkan kalau tak ada signal then masa nak masuk lorong, tiba-tiba ada kereta terus maju ke tempat kita?
  5. Penggunaan lampu tak betul. Lampu break memang dah warna merah, janganlah pandai-pandai tukar pergi warna putih la, biru la.... Nampak cool tapi menyusahkan pemandu lain. Sekarang dah ada trend guna lampu berkelip-kelip. Asal break, berkelip. Ada yang ala-ala lampu siren polis lagi. Sakit mata! Yang lagi teruk, guna lampu tinggi ketika di jalan raya. Haisshhh...!
  6. Motor yang menunggang di tengah line. Ni pun satu. Macam nak masuk line kiri juga.... lepas tu masuk line kanan lagi. Oh rupanya menunggang di tengah line. Kereta kat belakang nak memotong pun susah sebab motor tu conquer dua-dua line sekali.
  7. Beraksi di jalan raya. Ada juga yang eksyen di jalan raya. Tanpa mempedulikan orang lain dan menganggap dirinya hebat, mulalah membuat aksi superman. Tak cukup dengan itu, ada yang memandu laju celok sana sini sekelip mata hilang.
  8. Bergaduh di tengah jalan raya. Yang ni biasanya lepas accident, keluar kereta then bergaduh siapa nak bayar siapa punyalah lama. Padahal scratch sikit saja. Lepas tu yang menanggung beban adalah pemandu lain. Terpaksa menghadapi traffic jam gara-gara gaduh sebab scratch. Kalau ya pun, tolaklah kereta tu ke tepi dulu. P/S - Topik tidak melibatkan accident yang besar dan teruk. 
  9. Berlaku accident dan semua terus pandu slow. Sibuk sangat nak tau apa yang berlaku, terus pandu slow gara-gara nak tengok apa yang terjadi.. Padahal di hadapan kosong tak ada kereta. Alahai.....
  10. Salah lorong roundabout. Amik lorong kiri kalau nak masuk simpang yang dekat. Amiklah sebelah kanan kalau nak masuk simpang yang jauh sikit. Bahaya kalau salah lorong di roundabout ni.
  11. Ala-ala nak cucuk kereta di hadapan. Marah punya pasal... mula buat perangai nak cucuk kereta di hadapan. Buatnya kalau orang tu tiba-tiba break, tak ke accident? Pernah terjadi dengan saya dulu. Saya pun tak faham la. Orang tu tiba-tiba cucuk kereta saya sedangkan masa tu jalan pun tak berapa clear. Tak boleh nak laju sangat. Lastly saya break sebab nak dekat traffic light. Apa lagi, break matilah orang tu.
Sekian.

Contoh kesalahan jalan raya. Memotong ikut kiri dan tiba-tiba signal nak masuk line balik. Akhirnya pemandu lain di belakang terpaksa berhadapan dengan masa yang lama menunggu sampai ke traffic light.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!