Selasa, 24 Mac 2015

Janganlah Menjadi Pekerja yang Gemar Memberi Alasan

There are so many excuses to fail but many more reasons to succeed 
- Tun Zaki Tun Azmi-

Tiada seorang pun dalam dunia ni suka dengan orang yang gemar memberikan alasan. Jika mahu, kata YA. Jika tidak, katakan TIDAK. Jangan beri alasan yang panjang lebar kerana ia hanya menunjukkan kelemahan diri sendiri

Mungkin saya seoarang yang kuat bekerja, tapi saya masih punya ruang untuk bersama keluarga. Pandai-pandailah mengurus masa. Ya. Family itu penting. Tapi kerja juga penting. Jika kerja sambil lewa, siapa la yang nak beri makan kepada keluarga kelak? Tak ada kerja, tak ada la makan jawabnya. Jika arahan yang senang pun tidak dapat dituruti, bagaimana nak jadi pekerja yang baik?Macam saya katakan tadi... pandai-pandailah mengurus masa. 

Alasan kerana "family" ini la yang sering disalah guna. Okaylah. Mungkin ada yang tak setuju dengan saya kot. Saya nak berikan contoh alasan-alasan tegar agar lebih jelas:

1. Hari ini adalah aktiviti riadah bersama rakan-rakan sepejabat. Bukan sahaja rakan-rakan, malah majikan juga turut serta aktiviti tersebut. Tapi kita beri alasan.... "Eerrr.... minta maaf. Tak dapat pergi. Hari ni nak hantar adik pergi tuition". Kalau saya la, mesti saya minta adik-beradik saya yang lain untuk hantar adik saya yang satu lagi ni. Kalau dah tak ada orang lain nak hantarkan adik pergi tuition, sekurang-kurangnya tunjuklah muka di depan kawan-kawan dahulu, lepas tu barulah minta diri. Bukan apa.... tak senang untuk kumpulkan rakan-rakan sepejabat bersama kerana masing-masing juga pasti mempunyai komitmen lain.

2. Dah bagi alasan yang sebegitu rupa.... datang pula alasan lain. Katakanlah pada hari itu ada majlis makan malam bersama tetamu luar dan pegawai diarahkan untuk hadir ke majlis tersebut. Boleh pula alasan yang diberikan.... "Minta maaf tak dapat pergi. Malam tak nampak jalan la. Tak boleh drive malam". Kalau sayalah..... dah tau tak dapat drive malam, buatlah cermin mata. Jadi selama ni takkan tak pernah drive malam kot?

Dah... tak nak bagi alasan lagi. Long story short, mereka ini adalah golongan yang tidak mahu berusaha mencari jalan penyelesaian.

Yang lagi membuatkan kita geram, bukan sekadar mereka ni gemar memberi alasan malah slacker. Contohnya, masuk kerja jam 7.30 pagi (WP1). Tapi dah 9.00AM tak masuk office lagi. Bila kita call dan tanya dia kat mana, dia kata dia jumpa orang kat tingkat bawah sebab ada benda nak bincang. Lagi yang buat kita bingung, orang yang dia nak jumpa tu masuk kerja jam 8.30AM (WP3). Jadi dimanakah si slacker itu berada pada jam 7.30AM -8.29AM??? Kalau ya pun nak jumpa, masuklah office dulu. Kalau tak pun, WhatsApp sahaja untuk makluman kakitangan lain.

Arrgghh! Tentu berada dalam dilema bila dapat teman sepejabat yang sebegini rupa, kan? Kengkadang nak tegur pun segan sebab sama pangkat ataupun yang lebih tinggi dari kita. Kalau kita terlalu tegas, nanti dia kata kita ni jelous kat dia, nak malukan atau jatuhkan air muka dia la apa la.... Manusia... manusia...

Mohonlah berubah. Janganlah gemar memberikan alasan jika disuruh buat suatu kerja. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. :-)

Janganlah cepat mengatakan tidak jika ada jalan penyelesaian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!