Isnin, 30 Mac 2015

Dua Malam di Labuan

Between the two restaurants, saya lebih suka Anjung Ikan Bakar. Nice view, angin sepoi-sepoi bahasa, restoran tak perlu masuk jauh masuk ke dalam dan peniaga juga lebih mesra pelanggan.
Tengah duduk di Anjung Ikan Bakar dengan Prof, Dr Syed Nasirin, Tauffik dan lain-lain. Petang tadi ada mesyuarat di UMSKAL. 

Sesiapa nak buat tempahan, call sahaja di number ini

Cuaca di Labuan tenang malam ni. Angin bertiup sejuk. Tapi tak hujan. Telefon Hafiz, katanya dengar macam saya di atas bot. Walhal itu bunyi angin sahaja. Esok cuti. Boleh balik kampung. Solo trip lagi nampaknya. Sengaja tak nak beritahu aunty sebab hajat nak buat surprise. 

Selamat malam. :-)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sambung cerita keesokan harinya. Selamat pagi.

Nampaknya boss saya ni kena kacau hantu lagi la. Hari tu paip air buka sendiri. Kali ni pula telefon hotel berdering tengah malam + macam ada orang tidur kat sebelah. Itu cerita Prof la. Saya punya bilik syukur alhamdulillah tak ada apa-apa. Ataupun saya yang tidur mati kot? Hahahaha 0_o

Tertarik pula dengan kereta Honda Jazz. Kalau la banyak duit... nak beli satu. KALAU BANYAK DUIT. Ada cerita menarik tentang Honda Jazz. Pagi ni saya sewa kereta ni sebab dah tak ada kereta lain yang available. Tup tup... minyak tak ada pula. Saya pun berfikir, mana pula butang tangki minyak Honda Jazz ni ya? Punyalah susah cari, Rupa-rupanya.... tekan sahaja pintu tangki kat sebelah kiri Honda tu, automatik buka. Ciiiittt!!! Tara guna betul. Al-maklumlah.... tak pernah guna kereta canggih-canggih.... HeHeHe.... -_-


Seriously Honda Jazz memang cantik. Dalamnya luas, Ringan dan laju, tak rendah sangat dan bergaya. Minyak super jimat. Bayangkan tangki minyak kereta ni tengah kosong dan saya isi RM20, naik lebih separuh. Pusing sana pusing sini sampai esok, minyak masih banyak lagi. Siapa-siapa nak beli Honda Jazz boleh klik Official Honda Website Malaysia.

Malam ni bermalam di rumah aunty. ^^ Yeahh!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!